Covid-19: Syarikat penerbangan henti sementara operasi di Thailand

July 11, 2021 · Dunia

Beberapa syarikat pepenerbangan pnerbangan antarabangsa di Thailand menghentikan operasi mereka buat sementara susulan penularan gelombang kedua Covid-19 yang semakin teruk di negara itu dan semakin membimbangkan.

Salah satu anak syarikat terbesar AirAsia, Thai AirAsia, akan menjalani tempoh ‘berehat’ selama 20 hari bermula 12 Julai hingga 31 Julai bagi penerbangan domestik.

Keputusan ini dibuat kerana peningkatan kes Covid-19 di Thailand telah mencapai tahap tertinggi di mana purata lebih 9,000 kes dilaporkan setiap hari manakala kematian mencapai lebih daripada 90 kes pada Sabtu lalu.

Langkah syarikat penerbangan menghentikan operasi sementara waktu turut disokong pemerintah Thailand bagi membendung penyebaran virus Covid-19, selain mencegah pergerakan pengembara di seluruh negara itu.

Dalam satu kenyataan, jurucakap Thai AirAsia berkata, syarikat itu sentiasa meletakkan keselamatan dan kesejahteraan penumpang dan pekerjanya sebagai keutamaan.

“Kami akan terus memantau situasi ini dengan lebih teliti dan akan bersedia untuk menyambung semula perkhidmatan penerbangan berjadual kami secepat mungkin,” katanya.

Keadaan semakin sukar apabila Bangkok menjadi pusat tersebarnya wabak Covid-19.

Menurut RadarBox.com, Thai AirAsia hanya mengendalikan sekitar 15 penerbangan domestik pada Jumaat dan Sabtu yang kebanyakannya berlepas dari Bangkok.

Ini menunjukkan hanya sebahagian penerbangan dari tahap kebiasaanya, sebelum wabak Covid-19 melanda di mana terdapat ratusan penerbangan domestik dari seluruh dunia.

Thai AirAsia berkata mulai esok hanya penerbangan carter atau kargo yang akan dibenarkan terbang di dalam negara.

Selain itu, Bangkok Airways turut mengumumkan pembatalan sementara beberapa penerbangannya mulai 13 Julai hingga 31 Julai 2021.

Thailand hari ini melaporkan 9,539 jangkitan baharu dan 86 kematian. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif sebanyak 336,371 manakala kematian pula meningkat kepada 2,711 kes. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok