Covid-19: Singapura catat 14 kematian, kes baharu terus naik

October 23, 2021 · Dunia

Singapura merekodkan 14 lagi kematian akibat kompilasi Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam, menjadikan keseluruhan sejak awal tahun lalu berjumlah 294 kes.

Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) berkata dalam tempoh sama sebanyak 3,637 jangkitan baharu direkodkan, meningkat berbanding 3,439 kes yang dicatat pada Khamis.

MOH dalam kenyataan berkata kematian itu membabitkan tujuh lelaki dan tujuh wanita berumur antara 41 hingga 97 tahun.

“Dalam kelangan mereka, lima lengkap divaksin, satu belum lengkap vaksinasi dan tujuh lagi tidak divaksin. Semua mereka mempunyai penyakit tertentu,” kata MOH.

Jumaat adalah hari ke 33 berturut-turut negara itu mencatat kes kematian akibat Covid-19.

Sementara itu, daripada jumlah kes baharu pula, MOH berkata, 3,039 melibatkan jangkitan di dalam komuniti, 592 pekerja asing dan enam kes import.

Kes baharu termasuk 528 berumur 60 tahun ke atas.

Jumlah kumulatif positif sejak wabak Covid-19 melanda negara itu awal tahun lalu kini mencecah 165,663 kes. – ST

Berita berkaitan
Singapura tak guna OPR, Dr M beritahu Anwar
June 7, 2023· Isu semasa
Penganalisis sanggah PMX buat perbandingan kenaikan OPR dengan Singapura
June 6, 2023· Isu semasa
Kenaikan OPR seperti di Singapura, akan bantu kukuh nilai mata wang: PMX
June 6, 2023· Politik
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Popular
Singapura rekod suhu terpanas dalam tempoh 40 tahun
May 14, 2023
Angka terbaharu korban gempa berkembar Turkiye, Syria lepasi 7,800
February 8, 2023
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
Lagi Dunia terkini
Biden tersungkur pada majlis konvokesyen tentera udara
June 2, 2023 · Dunia
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
May 29, 2023 · Dunia
Montana jadi negeri pertama di Amerika haramkan TikTok
May 18, 2023 · Dunia
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023 · Dunia
Rakyat Thailand mula mengundi hari ini
May 14, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
15 jam lalu
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok