China lancar satelit baharu perhati bumi

November 23, 2021 · Dunia

China melancarkan satelit terbaharu bertujuan melakukan pemerhatian terhadap bumi, dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di barat laut negara itu, hari ini.

Satelit Gaofen-3 02 itu dilancarkan melalui roket Long March-4C pada 7.45 pagi tadi (waktu Beijing) dan memasuki orbit seperti yang dirancang.

Satelit itu akan berfungsi dalam solar segerak orbit pada altitud 755 kilometer dan akan dirangkaikan dengan satelit Gaofen-3 yang dilancarkan pada Ogos 2016 dan mengorbit untuk membentuk buruj satelit pada radar darat dan laut.

Satelit itu akan meningkatkan lagi keupayaan pemantauan pemerhatian kapal serta pemantauan kecemasan di laut dan kawasan persekitaran semula jadi darat dan laut.

Selain itu, ia juga boleh mengesan pencegahan dan mitigasi bencana marin, pemantauan persekitaran marin dinamik, perlindungan alam sekitar, pemeliharaan air, pertanian dan meterologi.

Sebelum ini, satelit Gaofen-3 02 dibangunkan oleh Akademi Teknologi Angkasa China dan roket pembawa oleh Akademi Teknologi Penerbangan Angkasa Shanghai.

Dengan pelancaran terbaharu itu, menunjukkan ianya adalah kejayaan misi ke-398 untuk roket pembawa Long March. – Agensi

Berita berkaitan
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
December 7, 2023· Isu semasa
Pengecualian visa 30 hari akan tingkatkan pelancong China: King Sing
December 5, 2023· Isu semasa
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
[VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket
May 12, 2021
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok