Australia laksana semula penjarakan sosial selepas kesan varian India

May 7, 2021 · Dunia

Australia memperketatkan semula langkah pengawalan Covid-19 dengan melaksanakan penjarakan sosial di Sydney, sementara New Zealand pula mengenakan sekatan perjalanan susulan bimbang varian India akan mencetuskan semula penularan.

Tindakan pantas itu diambil selepas seorang lelaki berumur 50 tahun menjadi individu pertama dalam tempoh lebih sebulan dijangkiti kerana penularan tempatan di New South Wales (NSW) dengan jangkitan itu membingungkan pegawai kesihatan.

Ujian yang dijalankan kemudian mengesahkan lelaki itu dijangkiti varian India dan urutan genom menghubungkan kes itu dengan pengembara yang kembali dari Amerika Syarikat, kata Pengarah Kesihatan NSW, Kerry Chant sambil menegaskan tiada kaitan yang jelas antara kedua-duanya.

“Kami tidak dapat mengesan kaitan langsung antara kedua-dua kes itu. Jadi apa yang kami bimbangkan adalah ada orang lain yang belum dikenali pasti yang menjangkiti lelaki itu.

Menteri New Zealand yang bertanggungjawab terhadap Covid-19, Chris Hipkins pula berkata, negara itu menangguhkan sementara pergerakan masuk dan keluar dari NSW secara bebas tanpa kuarantin sementara siasatan dijalankan.

“Dalam keadaan yang belum ada kepastian mengenai situasi itu di Sydney, adalah lebih baik ditangguhkan sementara pergerakan bebas tanpa kuarantin,” katanya.

Australia dan New Zealand bulan lalu menandatangani ‘gelembung perjalanan’ bagi memudahkan pergerakan penduduk ke dua-dua negara.

Kes lelaki Sydney yang tidak dikenali, yang menyebarkan virus itu kepada isterinya, adalah merupakan kali pertama varian India dilaporkan di Australia. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok