AS gesa rakyat keluar dari India

April 30, 2021 · Dunia

Amerika Syarikat (AS) hari ini menggesa rakyatnya keluar dari India secepat mungkin susulan peningkatan jangkitan Covid-19 di negara itu.

Pada masa sama AS juga mengeluarkan nasihat kepada rakyatnya supaya menangguhkan perjalanan ke India, kata Kedutaan dan Konsulat AS di India dalam satu kenyataan.

“Kes baharu dan kematian akibat Covid-19 telah meningkat mendadak di seluruh India mencapai rekod tertinggi. Infrastruktur ujian Covid-19 juga dilaporkan berkurangan di banyak lokasi.

“Hospital seluruh India dilaporkan menghadapi kekurangan bekalan oksigen, ubat-ubatan dan katil sama ada untuk pesakit Covid-19 atau tidak,” kata kenyataan itu.

Nasihat perjalanan tahap empat, adalah yang tertinggi dikeluarkan setakat ini, manakala tahap empat notis kesihatan pula dikeluarkan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).

CDC menasihatkan rakyat Amerika yang mahu meninggalkan India untuk mengambil kesempatan daripada pengangkutan awam yang tersedia sekarang.

Gelombang kedua Covid-19 yang menular negara itu menyaksikan sekurang-kurangnya 300,000 orang positif setiap hari selama tujuh hari berturut-turut.

India kini berada di kedudukan kedua di belakang Amerika Syarikat (AS) dengan 32.1 juta kes, sementara jumlah kematiannya di tempat keempat di belakang AS, Brazil dan Mexico, yang semuanya telah melepasi angka 200,000. – Agensi

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok