Anak Soekarno tukar agama

October 26, 2021 · Dunia

Anak Presiden pertama Republik Indonesia Soekarno, Diah Mutiara Sukmawati Soekarnoputri menjalani upacara ritual ‘Sudhi Wadani’ atau menukar agama daripada Islam kepada Hindu hari ini.

Memetik laporan detiknews, upacara itu turut diadakan di rumah neneknya, Ida Ayu Nyoman Rai Srimben, di Buleleng, Bali.

Kawalan keselamatan yang ketat dilakukan ketika upacara utama berlangsung di Merajan (Pura) Dadia Pasek Baleagung Buleleng.

Sukmawati adalah anak Soekarno dengan isteri ketiganya Fatmawati, dan adik kepada bekas Presiden Indonesia, Megawati Soekarnoputri.

Media Indonesia melaporkan pengasas Parti Nasional Indonesia (PNI) itu membuat keputusan memeluk agama Hindu bagi mengikut arwah neneknya yang berasal dari Bali, Ida Ayu Nyoman atau ‘Ibu Srimben’ (1881-1958).

Mengikut sejarah, ‘Ibu Srimben’ berkahwin dengan seorang guru Jawa, Raden Soekemi Sosrodihardjo, pada tahun 1887 dan melahirkan Soekarno, di Jawa pada tahun 1901.

Sebelum ini, Sukmawati yang sering melawat Bali turut mengikuti upacara agama Hindu.

Memetik laporan Okezone.com rancangan Sukmawati untuk menukar agama itu mendapat restu daripada saudara-maranya termasuk Megawati, Guntur Soekarnoputra, dan Guruh Soekarnoputra. – Agensi

Berita berkaitan
PBM teliti kedudukan Yong selepas disabit hukuman kes rogol
July 27, 2022· Politik
Kedutaan Indonesia berpuas hati dengan keputusan kes rogol ADUN Tronoh
July 27, 2022· Isu semasa
Keputusan kes rogol pembantu rumah libatkan ADUN Tronoh hari ini
July 27, 2022· Isu semasa
67 jemaah haji Indonesia meninggal dunia di Tanah Suci
July 23, 2022· Dunia
Popular
Suspek bunuh 4 lelaki Islam ditahan
August 10, 2022
Lapan maut, 6 hilang hujan lebat di kota metropolitan Korea Selatan
August 9, 2022
Lagi Dunia terkini
Suspek bunuh 4 lelaki Islam ditahan
13 jam lalu · Dunia
Banyak penempatan di Jakarta diisytihar zon merah Covid-19
15 jam lalu · Dunia
Lapan maut, 6 hilang hujan lebat di kota metropolitan Korea Selatan
August 9, 2022 · Dunia
Menteri Luar beri amaran China mungkin ceroboh Taiwan
August 9, 2022 · Dunia
Kempen vaksinasi cacar monyet bermula di Itali
August 9, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
7 jam lalu
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok