Ahli Kongres AS dikecam siar gambar keluarga pegang mesingun

December 5, 2021 · Dunia

Seorang ahli Kongres Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu menyiarkan gambar Krismas beliau dan apa yang kelihatan seperti keluarganya, tersenyum dan bergambar dengan pelbagai jenis senjata api, hanya beberapa hari setelah empat remaja maut dalam kejadian tembakan di sebuah sekolah tinggi di Michigan.

“Selamat Hari Natal! ps. Santa, tolong bawa peluru,” tulis Anggota Kongres AS yang mewakili Kentucky, Thomas Massie, dalam Twitternya.

Ethan Crumbley, 15 tahun, pada Selasa mengejutkan sebuah Sekolah Tinggi Oxford di Michigan apabila melepaskan beberapa das tembakan yang menyebabkan empat rakan sekolahnya maut dan beberapa lagi cedera – terbaharu dalam siri tembakan di negara itu.

Suspek dan ibu bapanya telah ditangkap berkaitan pembunuhan itu.

Massie yang mewakili Republikan, menyiarkan gambar dirinya dan enam yang lain memegang senjata api menyerupai mesingan M60, senjata api separa automatik AR-15 dan mesingan ringan Thompson.

Sesetengah senjata separa automatik dibuat supaya kelihatan hampir sama dengan senjata automatik sepenuhnya seperti mesingan.

Di bawah undang-undang AS, senjata seperti mesingan adalah terhad kepada tentera, penguat kuasa undang-undang dan orang awam yang telah memperoleh lesen khas untuk senjata yang dibuat sebelum Mei 1986.

Jonathan van Norman, pengurus kempen untuk Massie, tidak membalas permintaan untuk komen melalui Twitter.

Wakil Demokrat, John Yarmuth, yang mempengerusikan Jawatankuasa Belanjawan Dewan Perwakilan AS, mengutuk perbuatan Massie.

Tidak sampai empat jam setelah Massie memuat naik gambar itu, aktivis dan pemilik senjata api mula mengecamnya, malah keluarga mangsa serangan di sekolah tinggi itu turut menyindirnya.

Bapa kepada seorang pelajar perempuan yang maut dalam kejadiantembakan di sebuah sekolah di Parkland, Fred Guttenberg, turut menyindir Massie dengan memuat naik gambar anaknya.

“@RepThomasMassie, memandangkan kita berkongsi gambar keluarga, inilah foto saya,” tulisnya dalam Twitter.

Fred Guttenberg, turut menyindir Massie dengan memuat naik gambar anaknya yang maut dalam kejadian tembakan di Parkland.

Manuel Oliver, yang mana anaknya Joaquin Oliver adalah antara 17 mangsa yang terbunuh dalam kejadian tembakan pada 2018 di Sekolah Tinggi Marjory Stoneman Douglas di Parkland, memberitahu CNN kiriman Massie menghantar mesej mengenai siapa yang patut dan tidak patut dipilih mewakili negara.

“Itu adalah sebahagian besar masalah. Kami mempunyai beberapa pemimpin yang dipilih seperti ini.

“Saya tidak tahu sama ada dia cuba menjadi ironis, kelakar atau apa… Ini juga sesuatu yang harus mengajar kita siapa yang harus kita pilih,” katanya.

Berita berkaitan
Kedutaan AS hantar tiga notis kepada Malaysia berhubung isu Palestine
October 31, 2023· Isu semasa
Ribuan rakyat berhimpun bersama pemimpin PN di depan kedutaan AS
October 28, 2023· Isu semasa
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023· Politik
Penyanyi rap dibayar AS$100 juta bantu Jho Low henti siasatan AS
April 21, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok