12 kes cacar monyet dikesan di Thailand

May 30, 2022 · Dunia

Kementerian Kesihatan Awam Thailand memantau rapi 12 individu yang kini menjalani kuarantin, termasuk pramugari dan penumpang yang mungkin terdedah kepada seorang pesakit cacar monyet yang berada dalam transit di negara itu.

Pengarah Bahagian Epidemiologi Jabatan Kawalan Penyakit Dr Chakkarat Pitayawonganon berkata, penumpang itu berada di lapangan terbang di Bangkok sebelum menaiki penerbangan ke Australia di mana dia kemudiannya disahkan positif cacar monyet, lapor Bernama.

“Sehingga kini, kesemua 12 individu itu tidak menunjukkan sebarang gejala sejak tujuh hari lalu.

“Bagaimanapun, kami akan memantau dengan teliti untuk tempoh dua minggu lagi kerana tempoh inkubasi boleh mencecah hingga 21 hari,” katanya.

Beliau menambah kes yang disahkan itu mengalami simptom cacar monyet ketika berada di Australia.

Sementara itu, Dr Chakkarat berkata tiada kes cacar monyet dikesan di negaranya setakat ini dan lima kes disyaki cacar monyet di Phuket telah diuji negatif.

“Mereka dijangkiti virus herpes simplex (HSV) dan sedang menerima rawatan di Institut Penyakit Berjangkit Bamrasnaradura,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Pemuliharaan Taman Negara, Hidupan Liar dan Tumbuhan (DNP) telah meningkatkan saringan import hidupan liar di lapangan terbang dalam usaha membendung penularan cacar monyet.

Bangkok Post melaporkan bahawa DNP berusaha menyekat import haiwan liar sehingga langkah-langkah kawalan wabak cacar monyet dilaksanakan.

Pengarah Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Fauna dan Flora Liar Terancam (CITES), bahagian perlindungan haiwan liar dan tumbuhan, Prasert Sornsathapornkul berkata cacar monyet telah dimasukkan ke dalam senarai penyakit untuk pemeriksaan berkala ke atas monyet.

Kakitangan DNP diminta mengambil langkah berjaga-jaga termasuk memakai sarung tangan dan alas kaki pelindung semasa melakukan pemeriksaan ke atas haiwan itu.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) penularan wabak cacar monyet menimbulkan risiko sederhana kepada kesihatan awam global.

Sebanyak 257 kes telah disahkan dan 120 kes disyaki wabak itu telah dilaporkan dari 23 negara, setakat 26 Mei, menurut pertubuhan itu.

Berita berkaitan
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023· Dunia
Isu kos sara hidup, PMX akan bincang dengan PM Thai dalam pertemuan esok
October 10, 2023· Isu semasa
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023· Dunia
Rakyat Thailand mula mengundi hari ini
May 14, 2023· Dunia
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok