Sultan Selangor tegur wakil rakyat banyak main politik, berebut kuasa

August 23, 2021 · Isu semasa

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah kecewa terlalu banyak wakil rakyat yang bermain politk dan berebut kuasa sehingga melupakan tanggungjawab membela nasib rakyat.

“Tidakkah Ahli-ahli Yang Berhormat sedar bahawa apabila pemimpin-pemimpin politik berebut kuasa dan keadaan politik menjadi tidak stabil maka, rakyat yang terpaksa menanggung kesusahannya.

“Nampaknya Ahli-ahli Yang Berhormat tidak mahu belajar dari sejarah tentang kejatuhan sesebuah negara akibat perebutan kuasa yang mengakibatkan perpecahan dalam kalangan masyarakat,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Ke-14, di Shah Alam, hari ini.

Sehubungan itu baginda mengingatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor supaya tidak terlalu banyak berpolitik dan berebut kuasa serta kedudukan sehingga melupakan tanggungjawab utama untuk membela nasib rakyat.

Sambil menzahirkan rasa dukacita dan kesal melihat pergolakan, pertelagahan dan ketidaktentuan politik negara yang begitu ketara sejak kebelakangan ini, baginda juga menggesa wakil rakyat membantu orang ramai yang berdepan kesusahan akibat pandemik Covid-19 sekarang ini.

“Bantulah mereka, carilah mereka, bukan sekadar mencari mereka untuk mendapatkan undi sewaktu pilihan raya semata-mata,” titah baginda.

Sultan Selangor juga mengingatkan Ahli Dewan bahawa mandat yang diberi oleh rakyat merupakan amanah daripada Allah yang perlu dilaksana dengan jujur, bertanggungjawab dan penuh keikhlasan.

Sultan Selangor bertitah Adun pastinya menyedari betapa rakyat ketika ini berada dalam keadaan susah dan menderita di kala negara sedang berhadapan pandemik Covid-19 dan sepatutnya lebih prihatin masalah rakyat di kawasan masing-masing khususnya, dalam mengenal pasti bantuan yang perlu disalur kepada mereka yang terjejas.

Baginda bertitah wakil rakyat juga sepatutnya menyemak jumlah rakyat yang hilang pekerjaan dan mencari jalan untuk membantu golongan itu selain mendapatkan data individu yang kehilangan ibu bapa, tempat pergantungan dan berhadapan dengan masalah tekanan hidup.

Pada masa sama Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan wakil rakyat di negeri itu bahawa baginda mengikuti perkembangan perang melawan rasuah di Selangor.

Selain maklum mengenai tangkapan beberapa penjawat awam berkedudukan tinggi, Sultan Sharafuddin turut menerima laporan mengenai siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pemimpin politik berkaitan amalan rasuah dan salah guna kuasa.

“Beta telah pun menitahkan SPRM untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh bagi membersihkan Selangor dari amalan rasuah,” titah baginda.

Berita berkaitan
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
PRN Sabah mungkin diawalkan, kata Hajiji
November 13, 2023· Politik
Politik wang diamalkan ketika ini oleh kerajaan Anwar, bidas Wan Saiful
November 9, 2023· Politik
Sultan Ibrahim berangkat bertemu Sultan Selangor dan Sultan Perak
October 28, 2023· Isu semasa
Popular
PMX umum peruntukan tambahan RM3O juta kepada sekolah Tamil
June 10, 2023
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
SPRM sahkan mungkin panggil Tengku Zafrul: Laporan
February 18, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok