Sultan Johor berkenan menerima menghadap TPM

August 13, 2021 · Isu semasa

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan menerima menghadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru.

Ismail Sabri tiba di Istana Pasir Pelangi kira-kira jam 10.45 pagi dan pertemuan bersama Sultan Ibrahim berlangsung selama lebih sejam, kata kenyataan disiarkan di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

Bagaimanapun tidak dinyatakan tujuan pertemuan itu.

Semalam, Sultan Johor turut menerima menghadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum dijemput untuk santapan tengah hari bersama baginda.

Pada pertemuan itu Perdana Menteri turut memaklumkan kepada Sultan Ibrahim berkaitan perkembangan terbaharu dalam negara.

Pertemuan itu diadakan selepas Perdana Menteri yang Juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir di Johor, turut hadir pada perasmian sidang DUN Johor oleh Sultan Ibrahim.

Dalam titah ucapan baginda, Sultan Ibrahim memberi amaran kepada semua ADUN supaya tidak menganggu-gugat kerajaan negeri sedia ada, selain memberi tumpuan kepada membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Sultan Ibrahim juga mengingatkan baginda tidak ragu-ragu untuk membubarkan DUN Johor jika ada usul yang menganggu-gugat kerajaan yang ada hari ini.

“Ini bukan masanya untuk berbalah tetapi ini adalah masa untuk bersatu dan bekerjasama. Jangan tanya kepada orang lain, apa yang telah dibuat untuk bantu rakyat tetapi lihatlah, cermin muka sendiri.

“Ingin juga saya ingatkan bahawa Dewan Negeri ini adalah tempat untuk berbincang dan membuat ketetapan bagi kepentingan rakyat dan negeri Johor. Jangan cemarkan Dewan saya ini dengan perangai yang buruk.

“Ini adalah Dewan yang mulia, bukan Dewan sangkar beruk. Ingat pesanan saya tuan speaker. Jalankan keja baik-baik,” titah baginda pada perasmian itu semalam.

Berita berkaitan
Sultan Ibrahim berangkat bertemu Sultan Selangor dan Sultan Perak
October 28, 2023· Isu semasa
Titah Sultan Johor bukti kenyataan PMX dalam isu kalimah Allah tak betul: PEMBELA
May 25, 2023· Isu semasa
Hina Sultan Johor dalam media sosial, seorang lelaki ditahan
April 25, 2023· Isu semasa
RoS patut tangguhkan pemilihan UMNO, kata Naib Presiden
February 28, 2023· Politik
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Malaysia isytihar seorang ‘waris’ kesultanan Sulu sebagai pengganas
April 11, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
13 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok