PAS tegaskan sekali lagi sokongan kepada Muhyiddin, kerajaan PN

August 4, 2021 · Politik

PAS sekali lagi menegaskan parti itu kekal mendukung kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan kepemimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataan hari ini berkata PAS juga akan terus komited untuk membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19 sekarang ini.

Menurutnya PAS juga memandang serius perkembangan terkini kemelut politik yang sedang berlaku dalam kerajaan sekarang ini dan sebarang pendirian PAS hanya akan dikeluarkan oleh Presiden dan Satiausaha Agung sahaja.

“Ketika ini PAS menegaskan untuk terus mendukung kerajaan Perikatan Nasional dan kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin serta bersama-sama memberi tumpuan bagi menangani penularan wabak Covid-19 melalui strategi Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang sedang digerakkan oleh kerajaan.

“PAS juga akan terus komited untuk membantu rakyat yang terkesan dalam menghadapi keadaan yang sukar ini. Justeri, diharapkan seluruh rakyat Malaysia bersabar dan memberikan kerjasama ke arah usaha menangani Covid-19,” katanya.

Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan rakyat supaya berwaspada terhadap pemimpin-pemimpin dan parti politik yang berpegang kepada kaedah matlamat menghalalkan segala cara.

“Rakyat juga perlu sentiasa berwaspada terhadap bala tentera upahan khususnya media tajaan pihak asing yang memainkan peranan dengan bayaran upah yang semahal-mahalnya bagi menjayakan agenda mewujudkan kerajaan proksi yang boleh digunakan tanpa peduli rakyat yang menjadi korbannya,” katanya hari ini.

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Popular
Itu bukan pandangan DAP, kata Anwar ulas kenyataan kontroversi Ramasamy
February 11, 2023
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok