Langkah lanjut darurat jadi punca ekonomi tenat: Isham

April 1, 2021 · Politik

Sekiranya darurat tidak ditamatkan segera ia akan menambah kesan buruk kepada ekonomi negara pada ketika keadaan sekarang yang sudah pun tenat, kata Isham Jalil.

Ketua penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor itu berkata, pertumbuhan ekonomi negara masih paras terendah dan kadar pengangguran juga semakin tinggi.

“Keadaan ekonomi negara sedang tenat. Pertumbuhan ekonomi negara masih negatif di paras -5%, lebih teruk dari kebanyakan negara-negara jiran.

“Kadar pengangguran Malaysia juga tinggi berbanding negara-negara lain. Hari ini hampir 800,000 orang tidak ada kerja atau telah hilang pekerjaan di Malaysia,” katanya.

Isham berkata sepanjang tempoh darurat juga banyak pelabur lari dan aliran modal juga masih negatif.

“Pelabur-pelabur juga tidak mahu melabur di Malaysia dalam tempoh darurat.

“Aliran modal negara masih negatif sejak 8 suku tahun sebelum ini. Lebih banyak modal yang keluar dari Malaysia berbanding yang masuk,” ujarnya.

Lebih memburukkan keadaan, Isham berkata kadar hutang negara juga sudah melebihi had sehingga mengembang sebanyak RM879 bilion.

“Sementara itu kerajaan terus berhutang, dengan hutang negara di paras 62% daripada saiz ekonomi (KDNK) dan telah melebihi had yang ditetapkan iaitu pada 60%.

“Hutang negara kini adalah RM879 billion, sedikit hari lagi akan mencapai RM1 trillion walaupun Menteri Kewangan berdolak-dalih berkenaan hal ini,” katanya lagi.

Beliau juga membidas kerajaan Perikatan Nasional yang disifatkannya masih gagal menangani pandemik Covid-19 dan tren peningkatan juga dikesan.

“Selepas setahun, wabak COVID-19 di Malaysia juga tidak semakin baik malah kadar kebolehjangkitan (R-Naught) di Malaysia naik semula ke paras 0.94 semalam dan kadar jangkitan harian masih lagi melebihi seribu rakyat sehari,” katanya.

Isham berkata kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mempunyai alasan untuk meneruskan darurat dan perlu segera menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk segera menamatkan pengisytiharan itu bagi mengelakkan keadaan lebih buruk.

“Sebab itu keadaan dan kerajaan hari ini tidak boleh dibenarkan berterusan.

“Sesuatu perlu dibuat untuk mengubah keadaan ini,” katanya.

Berita berkaitan
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Tegur DAP pun tak boleh dalam UMNO sekarang, pecat nanti: Isham
December 15, 2023· Politik
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok