Bekas menteri didakwa esok berhubung kes pecah amanah?

July 21, 2021 · Politik

Sebuah portal berita melaporkan seorang bekas menteri dan juga Ahli Parlimen (MP) yang partinya belum diluluskan bakal didakwa esok di Mahkamah Sesyen Rasuah, Jalan Duta Kuala Lumpur membabitkan kes pecah amanah.

Memetik sumber yang tidak menamakan MP tersebut, Sinar Harian mendedahkan pendakwaan tersebut melibatkan dua pertuduhan di bawah seksyen 403 dan 405 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan pecah amanah jenayah.

Jumlah keseluruhan penyelewengan yang dianggarkan berjumlah RM1.12 juta membabitkan wang milik parti politik yang mana beliau adalah ketua pemuda parti berkenaan ketika itu sebelum digugurkan keahliannya.

Selain itu, MP tersebut juga dijangka turut dituduh di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, dalam masa terdekat.

Siasatan ke atas MP tersebut dijalankan sejak Jun 2020 selepas menerima aduan berhubung kehilangan wang berjumlah RM250,000 dalam simpanannya.

Beliau sebelum ini mendakwa wang yang hilang di rumahnya di Petaling Jaya itu adalah wang peribadi milik beliau dan ibu bapanya.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Zahid sahkan Noraini dilantik Pengerusi RISDA baharu
March 26, 2023
Zahid tiada ciri ketua kerajaan untuk jadi Perdana Menteri
April 13, 2021
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok