Tular video solat luar surau langgar SOP, polis tak dihubungi awal

July 20, 2021 · Isu semasa

Pihak polis tidak dihubungi lebih awal untuk mengawal keadaan ratusan warga asing melanggar prosedur operasi standard (SOP) di luar sebuah surau di Taman Pelangi, Juru awal pagi tadi.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zai mengesahkan menerima maklumat berhubung satu rakaman video yang tular melibatkan kira-kira 200 warga asing menunaikan solat di luar surau itu dan menjelaskan keadaan tersebut berlaku selepas pintu pagar ditutup pihak surau memandangkan kapasiti 100 jemaah sudah penuh.

Sebelum solat sunat pagi tadi, katanya, pengurusan surau itu hanya membenarkan 100 jemaah masuk, manakala jemaah lain diminta pulang dan menutup pintu pagar.

Tetapi, katanya, pihak surau terpaksa akur dengan sensitivi, apabila jemaah yang tidak dibenarkan masuk, bertindak bersolat di luar surau dengan penjarakan fizikal.

“Tetapi, ketika itu pihak surau tidak menghubungi kami untuk mengawal keadaan,” katanya lapor Free Malaysia Today (FMT) hari ini.

Beliau turut memohon maaf atas kegagalan mengesan perkara tersebut lebih awal.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan dengan meminta semua pengerusi surau dan masjid, sekiranya ada lagi yang enggan mematuhi SOP, terutamanya dalam tiga hari ini, iaitu hari tasyrik, sila hubungi polis,” katanya.

Terdahulu, tular satu video memaparkan ratusan individu dipercayai warga asing menunaikan solat sunat Aidiladha di kawasan tempat letak kereta dan tepi jalan sebuah surau di Taman Pelangi kira-kira 8.30 pagi.

Shuhaily berkata, pihaknya sedang mengesan jemaah terbabit bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan.

Katanya, kawasan itu mempunyai kira-kira 70% warga asing daripada 8,000 penduduk dan rakaman video itu jelas menunjukkan mereka ialah warga asing.

“Justeru, polis meminta penduduk sama-sama membantu mengesan mereka yang hadir dan kita akan cuba mengenal pasti mereka menerusi video yang tular itu,” ujarnya lagi.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
196 warga PDRM ditahan kerana dadah semasa 10 bulan pertama tahun ini: KPN
November 24, 2023· Isu semasa
Polis tahan aktivis media sosial lantang kritik kerajaan
October 31, 2023· Politik
Popular
Benarkah rakyat Malaysia memilih kerja?
February 17, 2022
Azam Baki sahkan Rohana sudah pulangkan AS$10 juta
March 24, 2023
Kes Adib: 17 lelaki terlibat dalam rusuhan kuil dibebaskan
June 27, 2023
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok