Lawan dan lawan insya-Allah kita akan menang: PM

July 17, 2021 · Isu semasa

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak rakyat terus melawan Covid-19 kerana beliau yakin dengan izin dan pertolongan Allah, negara akan bebas daripada pandemik yang turut melingkari seluruh dunia.

Pada masa sama beliau berkata kelonggaran bagi individu yang melengkapkan dua dos suntikan vaksin akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Pemulihan Negara minggu depan.

“Kelonggaran itu bagi memberi faedah atau keistimewaan kepada mereka yang lengkap dos vaksin mereka… dan lepas itu kita akan umumkan apakah kelonggaran-kelonggaran kepada mereka yang dapat dua dos ini supaya mereka tidak terus ‘terikat’.

“Perlu ada beberapa kelebihan (advantage) untuk mereka,” katanya selepas melakukan lawatan ke syarikat farmaseutikal Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd di Puchong, Selangor, hari ini.

Perdana Menteri berkata kelonggaran itu mungkin termasuk pergerakan untuk membeli-belah, atau sekurang-kurangnya rentas daerah.

Terdahulu menerusi Facebook rasmi beliau, Perdana Menteri berkata susulan pelaksanaan ‘Operation Surge Capacity’ di Kuala Lumpur dan Selangor seramai 6.1 juta populasi dewasa di kedua-dua negeri itu akan menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 menjelang 1 Ogos nanti.

“Ini melibatkan pemberian vaksin pada kadar 1.3 juta dos sehingga 25 Julai 2021 dan 1.3 juta dos lagi antara 26 Julai hingga 1 Ogos 2021.

“Sehingga kini, 3.5 juta populasi dewasa di Selangor dan KL telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Ini adalah tindakan segera kerajaan untuk menangani kenaikan kes-kes positif secara mendadak di Selangor dan KL.

“Data-data menunjukkan kes-kes Covid-19 yang serius mencatat penurunan yang ketara dengan pemberian vaksin,” katanya.

Perdana Menteri memberi contoh dalam kalangan kumpulan warga emas berusia 60 tahun ke atas, trend kemasukan ke Hospital Sungai Buloh bagi kes positif Kategori 4 dan 5 mengalami penurunan melebihi 50 peratus dalam tempoh sebulan lalu.

Katanya, kumpulan warga emas adalah fasa 2 dalam pemberian vaksin Covid-19 dan kini impak positif pemberian vaksin ini mulai dapat dilihat.

“Begitu juga bagi petugas Kementerian Kesihatan (KKM) di mana mereka telah menerima vaksin Covid-19 lebih awal lagi. Didapati hanya 1.26 peratus dalam kalangan petugas KKM dijangkiti Covid-19 selepas lengkap divaksinasi. Sebanyak 99.8 peratus daripada mereka pula hanya mengalami gejala ringan atau tidak bergejala dan tiada yang mengalami Covid-19 Kategori 5.

“Satu lagi contoh ialah Labuan, iaitu tempat di mana varian delta mula dikesan di negara kita. Kerajaan telah mengambil tindakan segera dengan menambah bekalan vaksin untuk Labuan.

“Hasilnya, jumlah kes positif dan kes kematian akibat Covid-19 di Labuan telah dapat dikurangkan dengan peningkatan kadar vaksinasi.
Selain itu, penjelasan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia bahawa lebih 90 peratus kes positif Covid-19 di negara kita adalah dalam kategori satu dan dua agak melegakan kita,” katanya.

Perdana Menteri berkata beliau telah mengarahkan KKM supaya lebih bersedia untuk menerima kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital dan memberikan rawatan yang terbaik memandangkan dunia sedang mencatatkan trend kenaikan kes-kes Covid-19 dengan kemunculan varian-varian baharu yang lebih ganas.

“Kita semua sedang berusaha untuk melawan Covid-19. Kita mesti sentiasa tabah dan cekal untuk terus lawan dan lawan. Insya-Allah, kita akan menang akhirnya,” katanya.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok