Tiada kompromi kilang, premis perniagaan langgar SOP: TPM

July 11, 2021 · Isu semasa

Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap kilang dan premis perniagaan yang melanggar peraturan dan prosedur operasi standard (SOP), kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Timbalan Perdana Menteri berkata sekiranya didapati melanggar SOP, kerajaan akan mengarahkan penutupan serta-merta dan tidak akan bertolak ansur terhadap kilang dan premis perniagaan yang gagal mematuhi peraturan sebagai usaha menangani pandemik Covid-19.

“Kita akan melakukan ‘perang’ habis-habisan dalam melawan (penularan pandemik) COVID-19 dan mengambil tindakan tegas kepada kilang dan premis perniagaan yang berdegil,” katanya menerusi catatan di Facebook rasminya hari ini.

Semalam, Ismail Sabri dalam catatan di Facebook memaklumkan terdapat 108 kilang dan premis perniagaan yang gagal mengikut SOP telah diarah tutup serta-merta dalam tempoh dua hari.

Ia melibatkan 56 kilang dan premis perniagaan yang diarah tutup pada Khamis manakala baki 52 pada Jumaat.

Kluster kilang dan premis perniagaan antara penyumbang utama peningkatan jangkitan Covid-19 dalam negara, hampir setiap hari akan muncul kluster-kluster baharu melibatkan sektor tersebut.

Berita berkaitan
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Tiga bersaudara lemas berkelah di Sungai Lata Changkah di Setiu
June 11, 2022
Permit tepung gandum dibatal, pastikan bekalan cukup
May 23, 2022
Media sosial dunia tanpa sempadan
June 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok