Wan Junaidi ingatkan pengkritik, persediaan rapi perlu sebelum buka Parlimen

June 20, 2021 · Politik

Bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menegaskan bahawa pembukaan semula sesi sidang Parlimen memerlukan persiapan terlebih dahulu kerana ada peraturan dan tatacara yang perlu dipatuhi.

Ahli Parlimen Santubong itu yang turut menyatakan sokongan supaya Parlimen dibuka, menjelaskan kepada pengkritik bahawa Dewan Rakyat memiliki peraturannya dan bukan boleh dibuka ‘sesegera mungkin’ seperti yang difahami oleh sesetengah mereka.

Jelasnya, Jawatankuasa Pemilihan Parlimen harus bersidang terlebih dahulu untuk mengkaji dan membuat pindaan yang diperlukan agar persidangan dapat memenuhi Perintah Tetap Dewan dan juga prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang dikuatkuasakan.

“Jika Parlimen dipanggil untuk dibuka sidangnya, tanpa peraturan dan peraturan tetap telah diubah, maka bagaimana Parlimen akan mengikuti SOP yang dikuatkuasakan oleh KKM,” katanya petik laporan Sarawaktribune.

Beliau mengulas titah Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini yang meminta agar Parlimen dibuka semula secepat mungkin.

Dalam pada itu, beliau yang juga merupakan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, pendekatan Parlimen secara hibrid mungkin tidak dapat dilaksanakan kerana peraturan dalam Perintah Tetap Dewan 1959 tidak memperuntukan penggunaan telekonferensi dan penggunaan teknologi moden.

Dalam pada itu katanya, Ahli Parlimen juga akan hilang hak keistimewaan Parlimen jika berdebat di luar dewan sekiranya mereka perlu berbuat demikian kelak.

“Jadi apa yang terjadi pada mereka di luar Dewan? Sekiranya mereka tidak dilindungi, maka kita mempunyai dua kelas Ahli Parlimen di Parlimen – satu kumpulan di Dewan dilindungi di bawah Artikel 62 dan 63 sementara yang lain di luar dewan tidak, ” katanya.

Dalam pada itu tegasnya mereka yang berada diluar dewan juga tidak dapat mengundi.

Katanya, Parlimen berhak mengatur urusan dalamannya kerana ia mempunyai aturannya sendiri.

“Jadi, kita harus memberi masa kepada Parlimen untuk mencari jalan bagi mengatasi masalah berbangkit,” katanya.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, titah Yang di-Pertuan Agong adalah selari dengan komitmen yang diberikan kerajaan untuk membuka sidang Parlimen dengan secepat mungkin.

Beliau berkata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga dalam kenyataannya sudah pun bercadang untuk membuka sidang Parlimen pada September depan dan isu tersebut tidak wajar dipolemikkan.

Berita berkaitan
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
MIC kecewa dengan Zahid, Vigneswaran dakwa dianaktirikan
August 2, 2023
PRN Negeri Sembilan: UMNO mahu PH serah kerusi DUN Klawang
February 12, 2023
Saya pun tak berani hurai al-Quran tapi dia berani, Sanusi bidas MP DAP bukan Islam
September 23, 2023
Kerajaan PH-BN jangan sombong, rakyat mahu keluar wang KWSP
February 20, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok