Sayap pemuda PKR dakwa Dr Mahathir mahu kembali jadi PM

June 11, 2021 · Politik

Sayap pemuda PKR membidas Tun Dr Mahathir Mohamad yang disifatkan mereka sebagai ‘gila kuasa’ disebalik cadangan penubuhan kerajaan ala Majlis Gerakan Negara (Mageran) semasa menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara semalam.

Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Thiban Subramaniam berkata, cadangan penubuhan Mageran adalah rencana licik bekas Perdana Menteri (PM) itu untuk kembali memimpin negara.

Malah, cadangan itu merupakan helah Dr Mahathir untuk memastikan presiden parti mereka ‘tidak akan diangkat menjadi PM’.

“Tindakan beliau hari ini (semalam) mencadangkan Mageran kepada Tuanku jelas menunjukkan bahawa beliau bersungguh-sungguh untuk kembali berkuasa dengan apa jua cara pun.

“Beliau bukan nyanyuk, ini adalah strategi beliau untuk pastikan kerajaan tidak bertukar khususnya (Presiden PKR) Anwar Ibrahim tidak diangkat sebagai PM,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Dr Mahathir mencadangkan penubuhan sebuah badan seperti Mageran ketika menghadap Tuanku di Istana Negara, semalam.

Pengerusi Pejuang itu yakin Mageran mampu menyelesaikan isu ekonomi, politik, sosial dan kesihatan yang dihadapi negara kesan penularan pandemik Covid-19.

Dr Mahathir turut menawarkan dirinya untuk mengetuai Mageran, namun beliau dimaklumkan oleh Yang di-Pertuan Agong bahawa penubuhan Mageran hanya boleh dilakukan jika ia diusulkan kerajaan.

Terbaharu idea penubuhan kerajaan Mageran ditolak baik daripada blok pembangkang mahupun daripada UMNO dan sekutunya.

Sementara itu, Thiban berkata kenyataan Dr Mahathir bahawa Anwar menelefonnya berhubung krisis semasa tetapi tiada penyelesaian, merupakan tindakan pemimpin Pejuang itu untuk memperlekehkan ahli Parlimen Port Dickson.

“Ia diketahui umum bahawa menjadi kebiasaan kepada Tun M untuk terus perlekeh segala usaha Anwar Ibrahim dalam arena politik selama ini.

“Dendam kesumat beliau tidak pernah terpadam,” katanya.

Berita berkaitan
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Johari Ghani dilantik Menteri Perladangan dan Komoditi
December 12, 2023· Isu semasa
Rombakan Kabinet: Jumlah Menteri bertambah jadi 31, ada wakil DAP di MOF
December 12, 2023· Politik
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Pembebasan Zahid dalam kes rasuah, PAS gesa hormati keputusan mahkamah
September 23, 2022
Tak wajar rundingan sulit Zahid-Anwar jika benar berlaku: Shahidan
October 17, 2022
Mat Sabu sudah tak tahan dikecam selepas bersama UMNO: Tuan Ibrahim
May 10, 2023
Dulu PH juga kata Azam Baki punca rosak institusi, kata PAS
May 13, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok