PM wakili rakyat ucap tahniah keputeraan Yang di-Pertuan Agong

June 6, 2021 · Isu semasa

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin wakili seluruh rakyat jelata merafak sembah tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, esok.

Sambil mendoakan kesejahteraan dan kesihatan baginda Perdana Menteri berkata kerajaan sedang menjalankan pelbagai usaha untuk melawan pandemik Covid-19.

Langkah itu kata Perdana Menteri termasuk pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh bertujuan melandaikan lengkungan jangkitan Covid-19.

“Patik sekalian mendoakan semoga Allah SWT terus menganugerahkan KDYMM Tuanku kekuatan dan keberkatan untuk terus kekal bersemayam di atas Singgahsana Takhta Pemerintahan dengan penuh kebesaran, kedaulatan dan kesejahteraan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhyiddin berkata, beliau dan seluruh rakyat jelata juga berdoa mudah-mudahan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta semua putera, puteri dan seluruh Kerabat Diraja sentiasa berada dalam lingkungan dan rahmat-Nya jua, dilanjutkan usia zaman serta berada dalam keadaan sihat walafiat selama-lamanya.

“Sebagaimana KDYMM Tuanku sedia maklum, negara masih lagi berada dalam tempoh pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) yang bertujuan melandaikan lengkung jangkitan COVID-19.

“Insya-Allah, dengan segala usaha yang sedang dijalankan oleh Kerajaan KDYMM Tuanku dalam melawan pandemik COVID-19 ini akan memperoleh kejayaan jua atas limpah perkenan dan naungan KDYMM Tuanku,” katanya.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Popular
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Semua pihak perlu peka isu buli
November 6, 2021
Selepas Najib, bayaran penasihat pentadbiran Ismail Sabri kedua tertinggi
December 13, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok