Pemuda UMNO mahu kerajaan ikut cara Menteri Kewangan lama ‘overrule’ keputusan BNM?

June 2, 2021 · Politik

Pemuda UMNO menggesa Putrajaya mengikut langkah sama Menteri Kewangan ketika zaman pentadbiran Barisan Nasional (BN) yang sewenang-wenangnya untuk ‘overrule’ atau membatalkan sebarang keputusan yang dibuat Bank Negara Malaysia (BNM) agar bank menawarkan moratorium menyeluruh kepada para peminjam.

Ketuanya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata Jemaah Menteri kononnya boleh membatalkan keputusan BNM, ia secara tidak langsung mengakui bekas Menteri Kewangan sebelum ini pernah membuat keputusan sama dalam beberapa isu kontroversi sebelum ini ketika zaman kerajaan BN memerintah.

“Seksyen 72 dalam Akta Bank Negara Malaysia 2009 (Akta 701) secara jelas memberikan peruntukan kuasa kepada Jemaah Menteri (Kerajaan) untuk ‘Overrule’ atau membatalkan sebarang keputusan yang dibuat Bank Negara Malaysia (BNM), manakala BNM sebagai pelaksana dasar perlu patuh kepada sebarang arahan Menteri bertanggungjawab,” katanya dipetik dalam portal Malaysiakini.

Asraf juga seakan mahu Menteri Kewangan sekarang, Senator Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk mengikut jejak bekas Menteri Kewangan zaman BN, Datuk Seri Najib Razak yang terpalit dengan pelbagai kes di mahkamah ketika ini.

“Seksyen 6 dan 7 dalam Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Akta 758) juga memberikan peruntukan kuasa yang jelas untuk Menteri Kewangan mengarahkan melalui BNM berkenaan dasar-dasar yang berkaitan dalam kewangan dan perbankan.

“Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 memberikan Kerajaan kuasa penuh untuk mengadakan sebarang peraturan baru mahupun mengatasi (overule) sebarang undang-undang bertulis sedia ada demi mencapai matlamat Proklamasi Darurat.

“Hakikatnya, tanpa Ordinan Darurat pun, dua undang-undang sedia ada memperuntukkan kuasa Menteri Kewangan yang amat besar hingga boleh mengarahkan mahupun mengatasi (overule) sebarang keputusan BNM apatah lagi bank-bank komersil,” katanya.

Untuk rekod, bekas Gabenor BNM, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz pada 2018 dilaporkan media mendakwa Najib yang juga Menteri Kewangan semasa pentadbiran BN pernah memintanya mengeluarkan kenyataan yang bekas Perdana Menteri itu tidak melakukan kesalahan di dalam akaunnya.

Asraf yang juga penyokong tegar Najib turut menyarankan kerajaan menggunakan kuasa untuk mengarahkan bank-bank memberikan moratorium secara automatik, langkah sama yang pernah dilakukan ketika zaman Najib untuk menyembunyikan beberapa kes kontroversi yang sedang dibicarakan di mahkamah ketika ini.

“Justeru, Pemuda Umno menyarankan agar kerajaan memanfaatkan sepenuhnya kuasa yang ada sebagaimana yang dinyatakan untuk mengarahkan bank-Bank yang ternyata mencatat keuntungan mencecah berbilion ringgit hanya pada suku tahun pertama 2021 sahaja, untuk menawarkan moratorium secara automatik kepada rakyat tanpa caj atau faedah tambahan selama tiga bulan,” katanya lagi.

Terdahulu, Tengku Zafrul menjelaskan moratorium pinjaman automatik akan diberikan kepada pemohon yang layak dan golongan B40 tidak akan dipinggirkan dalam pakej bantuan Pemerkasa Plus yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.

“Bawah Pemerkasa Plus, kami memberikan moratorium pinjaman automatik kepada golongan B40. Jika mereka layak, mereka dapat memperolehnya.

“Mereka yang kehilangan pekerjaan – termasuk mereka daripada golongan pertengahan M40 atau golongan Top20 – akan mendapat moratorium pinjaman mereka secara automatik,” katanya.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok