PM umum tambah BPR antara RM100 hingga RM500, moratorium 3 bulan

May 31, 2021 · Isu semasa

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini mengumumkan bantuan tambahan program Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) susulan pelaksanaan ‘total lockdown’ yang bermula esok bagi mengurangkan beban dihadapi rakyat.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, prihatin dengan nasib rakyat yang berkemungkinan berhadapan fasa kesukaran dalam menempuh fasa pelaksanaan berkenaan, kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM2.1 bilion bagi menambah kadar BPR.

“Bagi kategori isi rumah yang berpendapatan di bawah 2,500 ringgit, mereka akan menerima kadar BPR tambahan sebanyak 500 ringgit dan isi rumah berpendapatan antara 2,501 hingga 5,000 , akan menerima kadar sebanyak 300 ringgit.

“Golongan bujang pula akan menerima 100 ringgit,” katanya dalam perutusan khas Perdana Menteri: Bantuan PKP 3.0 sebentar tadi.

Katanya, BPR tambahan ini akan mula dimasukkan ke akaun penerima pada hujung bulan Jun nanti.

“Bayaran ini merupakan tambahan kepada fasa bayaran terakhir BPR bulan September kelak sebanyak 2.4 bilion ringgit,” katanya.

Lanjutan moratorium automatik 3 bulan

Dalam pada itu katanya, mendengar permintaan rakyat supaya kerajaan menimbang semula pemberian moratorium, kerajaan setelah perbincangan bersama Bank Negara Malaysia (BNM), industri perbankan memberi jaminan dan komitmen penuh untuk terus memberikan bantuan pembayaran balik pinjaman dan moratorium.

“Oleh itu, bagi semua golongan B40 dan rakyat yang terjejas ekoran kehilangan pekerjaan serta perusahaan mikro dan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) yang tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP, anda diberi pilihan untuk mendapatkan kelulusan moratorium secara automatik selama 3 bulan.

“Atau boleh memilih untuk mendapatkan pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50 peratus selama tempoh 6 bulan,” katanya.

Jelasnya, inisiatif ini akan dilaksanakan segera pada bulan Jun yang dijangka memanfaatkan lebih dari 5 juta peminjam dengan nilai sehingga 30 bilion ringgit.

“Insha-Allah, industri perbankan akan memberikan maklumat lebih terperinci berhubung perkara ini mulai esok.

“Saya berharap, pengumuman moratorium automatik ini dapat memberi sedikit kelegaan kepada peminjam institusi perbankan. Para peminjam hanya perlu menghubungi bank masing-masing untuk mendapat manfaat bantuan ini,” katanya.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Sultan Kedah bangga, puas hati pentadbiran Muhammad Sanusi
March 12, 2023
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024
Kod berpakaian ketika berurusan di pejabat kerajaan diteliti: Ramkarpal
July 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok