Perkongsian Facebook kematian ‘Dr Nur’ ditahan Israel tak benar

May 31, 2021 · Isu semasa

Pengendali laman sosial Facebook Info Runner Semalaya sudah memadam maklumat disebarkannya yang mendakwa ‘Dr. Nur’ – yang kononnya ditahan pihak berkuasa rejim Israel – terbunuh.

Sambil memohon maaf kepada keluarga seorang wanita Nurul Nadia Azhar yang meninggal dunia Jumaat lalu, pengendali laman Facebook itu juga sudah memadam video bersurasi 1 minit 10 saat mengenai wanita disangka ‘Dr.Nur’.

Sebaliknya wanita dalam klip video itu adalah Nurul Nadia yang bertugas sebagai jurutatarias di sebuah stesen penyiaran dan meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru, Jumaat lalu.

“Saya admin meminta maaf pasal post Nurul Nadia itu, kerana tidak melihat kesahihannya terlebih dahulu.

“Pada keluarga Nurul dan yang terlibat saya memohon maaf atas kesilapan saya lakukan sebentar tadi. Berkaitan hantaran itu saya telah padamkan,” kata admin Info Runner Semalaya, hari ini.

Sebelum ini, tular dakwaan mengatakan seorang doktor wanita Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan di Palestin ditangkap polis rejim Zionis Israel di Tebing Barat.

Dakwaan itu dibuat dua individu, termasuk pengacara dan pelakon Pengacara, Iesya Toh yang mengatakan kononnya beberapa minggu lalu beliau telah dihubungi seorang doktor yang bertugas di Hospital Kuala Lumpur (HKL) menyatakan rakan setugas yang menjalankan misi bantuan di Palestin, ditahan pihak Israel.

Bagaimanapun, Wisma Putra cuba menghubungi dua individu bernama ‘Dr Aida’ dan ‘Dr Shafiq’, yang didakwa berkhidmat di HKL bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan ‘Dr. Nur’ namun kedua-dua mereka gagal dihubungi.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024· Isu semasa
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023· Isu semasa
Popular
Sekatan perjalanan luar negara jika terdapat tunggakan cukai: LHDN
February 20, 2023
Jelapang padi negara : Kedah ‘diarah’ jadi negeri miskin, dakwa Sanusi
May 21, 2023
Pengerusi PH Kelantan dilantik Pengerusi KADA baharu
June 6, 2023
Media sosial dunia tanpa sempadan
June 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok