Aliran trafik sesak, orang ramai ambil peluang balik ‘beraya’ lagi?

May 29, 2021 · Isu semasa

Aliran trafik dilaporkan bergerak perlahan dan sesak di beberapa lebuh raya utama pagi ini, berikutan orang ramai mengambil kesempatan pulang ke kampung susulan pengumuman ‘total lockdown’ menjelang 1 Jun ini.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) juga dalam satu kenyataan menerusi Facebooknya memaklumkan setakat jam 10 pagi tadi Trafik mulai sesak sebelum masuk Plaza Tol Gombak arah Timur.

LLM memaklumkan setakat jam 10 pagi tadi Trafik mulai sesak sebelum masuk Plaza Tol Gombak arah Timur.

“Sementara itu setakat jam 11.07am PLUS@E2 : Trafik mulai sesak sekitar 1 km sebelum masuk Plaza Tol Sg.Besi arah Selatan,” katanya.

Sementara itu di lebuh raya utara setakat jam 10 pagi tadi trafik mulai perlahan sebelum keluar Plaza Tol Juru arah Utara.

Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau ‘total lockdown’ fasa pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun 2021 hingga 13 Jun 2021, susulan peningkatan kes Covid-19 sejak kebelakangan ini.

29 Mei 2021 – Suasana sekitar Plaza Tol Gombak pada jam 11.30 pagi tadi yang sesak teruk. Suasana ini dirakam selepas pengumuman PKP secara “lockdown” oleh kerajaan pada Jumaat.

Kenyataan Pejabat Perdana Menteri memaklumkan bahawa sepanjang tempoh ini, semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Keputusan itu dicapai pada Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Mengenai Pengurusan Covid-19 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang semalam.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Sekatan perjalanan luar negara jika terdapat tunggakan cukai: LHDN
February 20, 2023
Pengerusi PH Kelantan dilantik Pengerusi KADA baharu
June 6, 2023
Media sosial dunia tanpa sempadan
June 28, 2023
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok