Pokok hempap kereta, dua warga asing selamat

May 28, 2021 · Isu semasa

Dua lelaki warga warga asing terselamat walaupun kereta dinaiki dihempap pokok tumbang berhampiran Muzium Negara menghala ke pusat bandar raya dari arah KL Sentral petang semalam.

Pada kejadian sama, seorang penunggang motosikal turut cedera ringan akibat pokok tumbang itu, kata Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Anuar Omar.

Katanya, kejadian itu berlaku kira-kira jam 3.05 petang ketika hujan lebat serta angin kencang.

“Penunggang motosikal mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki dan dibawa ke hospital untuk rawatan manakala pemandu serta penumpang kereta terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menghantar sepasukan anggota ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 3.21 petang.

Menurutnya sebaik tiba di tempat kejadian, pasukan bomba yang diketuai Komander Operasi Pegawai Kanan Md Izzat Ahmad mendapati sebatang pokok tumbang menghempap sebuah kereta Proton Saga dan sebuah motosikal jenis Yamaha LC 135.

Berita berkaitan
Puting beliung dan ribut melanda Kubang Pasu
October 29, 2023· Isu semasa
Penonton dakwa dipukul pasukan keselamatan semasa perlawanan akhir Piala FA
July 24, 2023· Isu semasa
Kereta Jaguar tidak guna dana Yayasan Aman, kata Setpol Anwar
July 14, 2023· Politik
Rasuah: SPRM minta rakaman CCTV pergerakan dua kereta menteri DAP
April 18, 2023· Isu semasa
Popular
Sekatan perjalanan luar negara jika terdapat tunggakan cukai: LHDN
February 20, 2023
Pengerusi PH Kelantan dilantik Pengerusi KADA baharu
June 6, 2023
Media sosial dunia tanpa sempadan
June 28, 2023
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok