Waris bayi ditinggalkan tepi longkang sedang dicari

December 5, 2023 · Isu semasa

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Manjung sedang mengesan ibu kandung kepada seorang bayi lelaki yang ditemukan dalam beg di tepi longkang belakang rumah kedai di Ayer Tawar, dekat sini pada 25 Nov lepas.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Manjung Nor Amelia Ali berkata pihaknya turut memohon kerjasama orang ramai membantu mengesan waris bayi terbabit, yang ditinggalkan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri, lapor Bernama.

Beliau berkata bantuan orang ramai bagi mengesan ibu dan waris bayi berusia 10 hari itu sangat penting dalam usaha JKM menjalankan siasatan bagi tujuan penempatan dan kebajikan.

“Bayi itu yang diselamatkan sepertimana peruntukan Seksyen 17(1)(e)(ii) Akta Kanak-kanak 2001, kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Seri Manjung dan berada dalam keadaan sihat.

“Polis telah melakukan pencarian suspek di semua klinik kesihatan sekitar Ayer Tawar, namun setakat ini tiada sebarang maklumat diperoleh dan kita minta kerjasama mana-mana pihak yang mengenali ibu bayi atau waris yang berkaitan supaya menghubungi JKM Manjung menerusi talian 05-6883110 dengan segera,” katanya pada sidang media hari ini.

Nur Amelia berkata hasil pemeriksaan pihaknya juga mendapati bayi terbabit berkemungkinan berasal daripada keluarga warga tempatan.

“Jadi buat masa ini kita minta ibu atau warisnya tampil bagi tujuan penempatan dan kebiasaannya kita akan beri tempoh tiga bulan dalam jagaan JKM.

“Sekiranya tidak ada waris, JKM akan mendapatkan perintah mahkamah untuk menempatkan bayi itu di institut JKM atau diserahkan kepada keluarga pelihara yang layak dan sesuai,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan seorang bayi yang masih bertali pusat dan uri dijumpai seorang lelaki berusia 45 tahun dalam keadaan berbalut tuala kira-kira 8.15 malam, 25 Nov lepas.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohamed Nordin Abdullah berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu ibu bapa yang bertanggungjawab menjaga kanak-kanak di bawah usia 12 tahun, mendedahkan serta membuang kanak-kanak itu dengan niat.

Berita berkaitan
Bayi lelaki ditemui tepi longkang dalam longkang ditinggalkan
November 26, 2023· Isu semasa
Nahas pesawat Elmina: Proses bedah siasat selesai, tunggu padanan DNA
August 19, 2023· Isu semasa
Bantuan makanan lambat dan kurang kualiti di PPS, kata Wee dalam video FB
March 5, 2023· Isu semasa
Tular dua beradik tersepit bawah konkrit di Turkiye rayu diselamatkan
February 8, 2023· Dunia
Popular
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
PM, NEC sokong usaha Perkeso bantu 200,000 Orang Bekerja Sendiri
May 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok