Dadah bernilai RM5.43 juta dilupus Polis Johor

November 27, 2023 · Isu semasa

Polis Johor akan melupuskan sebanyak 322.13 kilogram (kg) dan 1,562.6 liter dadah bernilai RM5.43 juta, yang dirampas dari tahun 2000 sehingga tahun lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata proses pelupusan itu akan dilakukan hari ini di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan, lapor Bernama.

Beliau berkata antara dadah yang dilupuskan ialah heroin sebanyak 19.42kg, kanabis (28.38kg), ketamin (15.04kg) dan daun ketum (236.43kg).

“Menerusi pelupusan ini, sejumlah 3,214 kes telah diselesaikan bagi tempoh antara tahun 2000 sehingga 2022,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor hari ini.

Sementara itu Kamarul Zaman berkata Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor telah merampas sebanyak 4.65 tan dadah bernilai RM33.77 juta dan sitaan harta RM13.15 juta sejak Januari tahun ini sehingga 20 Nov lepas.

Beliau berkata sepanjang tempoh itu juga, 15,167 orang telah ditahan atas pelbagai kesalahan dadah.

Kamarul Zaman berkata JSJN Johor sentiasa komited dan agresif melaksanakan operasi secara berterusan bagi membanteras sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah, sekali gus membawa kepada pelbagai kejayaan tangkapan dan rampasan sindiket dadah.

Justeru beliau berharap masyarakat dapat terus bekerjasama dalam memainkan peranan menyalurkan maklumat kepada pihak polis.

Berita berkaitan
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Popular
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
‘Saya tak nikah Rina Harun’
October 18, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
21 jam lalu · Isu semasa
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
22 jam lalu · Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok