Mangsa banjir di Kelantan meningkat, Terengganu turun dan Selangor kekal

November 27, 2023 · Isu semasa

Jumlah mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan terus meningkat manakala Terengganu menunjukkan penurunan dan Selangor tidak berubah, setakat pagi ini, lapor Bernama.

Di KELANTAN, jumlah penduduk terjejas banjir meningkat sedikit kepada 718 orang daripada 204 keluarga sehingga 8 pagi ini berbanding 709 orang daripada 201 keluarga malam semalam.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), empat PPS dibuka melibatkan dua jajahan iaitu di Pasir Mas menempatkan 232 orang daripada 79 keluarga di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh dan 65 orang daripada 19 keluarga masih berlindung di PPS Kedai Tanjong.

Di jajahan Bachok pula, seramai 67 orang daripada 16 keluarga berlindung di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beris Panchor, manakala 354 orang daripada 90 keluarga berada di SK Jelawat.

Sementara itu di TERENGGANU, situasi banjir semakin pulih dengan 225 penduduk daripada 49 keluarga ditempatkan di lima PPS di empat daerah setakat 8 pagi ini.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, seramai 112 orang daripada 25 keluarga masih berlindung di sebuah PPS di daerah Besut manakala di Kuala Terengganu, berbaki 54 orang daripada 12 keluarga yang masih ditempatkan di sebuah PPS.

Selain itu, di Dungun seramai 50 orang daripada 10 keluarga ditempatkan di dua PPS manakala di Setiu hanya sembilan orang daripada dua keluarga masih berada di PPS SK Kampung Rhu Sepuluh.

Sementara itu, paras air sungai di stesen-stesen utama negeri ini berada pada paras normal kecuali Parit Utama di Padang Kemunting, Kuala Nerus yang mencapai tahap waspada dan Sungai Tumpat di Kampung Baru Kemasik, Kemaman yang mencecah tahap amaran.

Di SELANGOR, jumlah mangsa banjir kekal seperti semalam dengan 83 orang daripada 29 keluarga di daerah Kuala Selangor yang ditempatkan di dua PPS setakat 8 pagi ini.

Menurut portal Info Bencana JKM, dua PPS tersebut adalah Balai Raya Rantau Panjang membabitkan 47 orang dan PPS Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz yang menempatkan 36 orang.

Sementara itu, laman web publicinfobanjir.water.gov.my memaklumkan Sungai Bernam di Kampung Sungai Selisek, Hulu Selangor melebihi paras bahaya dengan ketinggian air 27.63 meter, namun dalam trend menurun setakat 8 pagi.

Tiga sungai di Selangor kini pada tahap waspada membabitkan Sungai Bernam di Jambatan SKC, Hulu Selangor dengan ketinggian aras air 18.27 meter dan Sungai Langat di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sungai Manggis di Kuala Langat (2.5 meter) dengan kedua-dua aras sungai itu dalam trend menaik, manakala Sungai Selangor di Rantau Panjang, Kuala Selangor pada ketinggian 7.09 meter dalam trend menurun.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Popular
Hampir sejuta tonton biawak ‘berpelukan’ di Pusat Penilaian Covid-19
July 28, 2021
Ringgit meneruskan tren melemah berbanding dolar
May 29, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok