Kritik kes mahkamah Zahid, seorang pemimpin Bersatu bakal didakwa pada Jumaat

November 24, 2023 · Politik

Datuk Razali Idris bakal berdepan pendakwaan di mahkamah ekoran kritikannya sebelum ini berhubung perbicaraan kes rasuah melibatkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dihentikan pihak pendakwaan.

Ketua Penerangan Bersatu itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Jenayah Siber, Jalan Duta pada pagi Jumaat (24 November) dan menurut makluman kepada media pendakwaan terhadapnya akan dibuat dibawah Akta Hasutan kerana mempersoalkan pembebasan Zahid sebelum ini.

Pendakwaan tersebut dibuat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menerusi maklumat kepada pengamal media.

Razali akan didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 kerana kritikannya dalam kes Zahid.

Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau Che’gu Bard menyifatkan tindakan diambil terhadap Razali tersebut satu lagi bermotifkan politik hanya kerana mengkritik anak murid Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Nampak sangat ia bermotif politik. Diharapkan pendakwaan Ketua penerangan Bersatu disaat esok akan diadakan Perhimpunan Agong yang ke-6 akan membuka mata rakyat dan meransang terus kesedaran menolak regim hipokrit yang gagal.

“Rakyat kini menderita dengan kos kehidupan yang menghimpit kerana #KerajaanGagal namun pemimpin regim tak peduli,” katanya dalam satu hantaran Facebook.

Mahkamah sebelum ini melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Zahid daripada 47 pertuduhan selepas pihak pendakwaan memohon untuk menghentikan perbicaraan kes rasuah dihadapinya itu.

Pada 2018, Zahid telah didakwa dengan 47 pertuduhan jenayah melibatkan Yayasan AkalBudi serta 40 pertuduhan rasuah melibatkan kontrak sistem visa luar negara.

Pada September 2022, Ahmad Zahid telah dilepas dan dibebaskan dari kesemua pertuduhan melibat sistem visa luar negara setelah pihak pendakwa raya gagal membuktikan kes prima facie keatasnya, tetapi rayuan terhadap keputusan itu masih berjalan.

Berita berkaitan
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024· Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Ahli PN dihalau, dilarang solat di masjid N.Sembilan
July 21, 2023
2/3 kerusi ketua cabang di Selangor dikuasai #KitaSemuaKEADILAN
May 29, 2022
Lagi Politik terkini
Bawa kad pengenalan, SPR ingatkan pengundi di PRK KKB
May 10, 2024 · Politik
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok