Dewan Rakyat: Isu kebebasan media dan bersuara jadi tumpuan

November 9, 2023 · Isu semasa

Soal kebebasan media dan kebebasan bersuara khususnya kandungan media sosial antara isu yang akan menjadi tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Isu kebebasan media ketika era kerajaan campuran menjadi pertikaian ekoran tindakan dan tekanan yang dikenakan terhadap pengamal media, terbaharu petugas Harakah Daily ditarik balik Kad Perakuan Media oleh Jabatan Penerangan.

Menurut aturan urusan mesyuarat menerusi laman sesawang Parlimen, persoalan itu dibangkitkan pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri oleh Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) mengenai jaminan kerajaan agar tidak menyalahgunakan Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menyekat kebebasan bersuara, lapor Bernama.

Pada sesi sama, Riduan Rubin (Bebas-Tenom) bertanyakan tentang keberkesanan pelaksanaan Program Penyeragaman Harga (PPH) dalam menangani kos sara hidup penduduk di kawasan pedalaman terutamanya di Sabah kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Pada sesi soal jawab pula, Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) meminta Menteri Ekonomi menyatakan sama ada kerajaan bercadang untuk mengasingkan pengiraan inflasi barangan dan perkhidmatan, dan mengkelaskan mengikut negeri bagi menggambarkan situasi sebenar kenaikan harga barangan yang dihadapi rakyat.

Turut tersenarai, soalan Mohd Syahir Che Sulaiman (PN-Bachok) yang meminta Menteri Ekonomi menyatakan strategi dan dasar kerajaan untuk meningkatkan tahap pemilikan ekuiti dalam kalangan bumiputera, individu dan korporat sepanjang tempoh RMK-12 yang masih berbaki.

Selesai sesi itu, sidang Dewan Rakyat diteruskan dengan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 di peringkat jawatankuasa.

Menurut takwim Parlimen, perbahasan rang undang-undang di peringkat itu akan berlangsung selama 12 hari hingga 27 Nov ini.
Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 32 hari bermula 9 Okt lepas.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Popular
Satu dos vaksin kepada warga pendidik sebelum 1 September
July 28, 2021
Elak risiko Demam Denggi Berdarah
August 25, 2021
‘Mafia wanita’ bawa parang terlibat bunuh lelaki di Bukit Mertajam
May 15, 2022
7 jenis makanan untuk tingkatkan imunisasi badan
September 25, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024 · Isu semasa
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok