Peguam mohon batal permohonan SPRM dapatkan dokumen berhubung penyelesaian 1MDB

November 8, 2023 · Isu semasa

Peguam Rosli Dahlan memohon untuk membatalkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mendapatkan dokumen daripadanya yang disyaki menerima rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan proses penyelesaian di antara Kerajaan Malaysia dengan Ambank serta Goldman Sachs berkenaan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Rosli, 62, selaku pemohon memfailkan notis usul itu di Mahkamah Tinggi pada 3 Nov lepas menerusi Tetuan Vin Law Co. dengan menamakan SPRM sebagai responden, lapor Bernama.

Peguam itu antara lain memohon SPRM membayar ganti rugi punitif dan teladan kepadanya atas dakwaan menyalahgunakan proses mahkamah dan memfitnah beliau dengan menamakannya sebagai responden pertama dalam permohonan SPRM.

Rosli, yang merupakan peguam kepada Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kes berkaitan projek Jana Wibawa mendakwa, SPRM tidak mempunyai kedudukan undang-undang atau locus standi untuk mendapatkan perintah yang dipohon dalam permohonan itu.

Beliau turut mendakwa tindakan SPRM menamakannya sebagai responden pertama adalah berniat jahat, mengaibkan, remeh, menyusahkan dan memfitnah sedangkan tiada sebarang dokumen yang dipohon dalam permohonan SPRM berkaitan dengan peguam itu.

Kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Hakim K. Muniandy esok.

Pada 11 Okt lepas, SPRM memohon peguam itu mengemukakan 10 dokumen antaranya surat pelantikan Rosli sebagai peguam 1MDB, penyata akaun serta akaun firma guaman, Rosli Dahlan Saravana Partnership dan dokumen itu diperlukan SPRM untuk mengenal pasti pelantikan peguam itu sebagai peguam 1MDB dalam urusan penyelesaian dengan pihak Kerajaan Malaysia berkaitan 1MDB.

Berita berkaitan
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
11 jam lalu· Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Popular
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Ziarah gereja: Rakyat miskin akan diupah cetus kekacauan, kata Anwar
March 17, 2023
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
11 jam lalu · Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok