2,714 orang terima ubat PrEP setakat 30 Sept: Menteri

November 7, 2023 · Isu semasa

Seramai 2,714 individu telah menerima ubat PrEP (Pre-Exposure Prophylaxis) setakat 30 Sept lepas, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

Beliau berkata berdasarkan analisis sehingga bulan keenam penggunaan PrEP menunjukkan terdapat penurunan kadar jangkitan penyakit sifilis daripada 11 peratus kepada kurang daripada satu peratus, lapor Bernama.

“(Selain itu), peratus klien yang tidak menggunakan kondom menurun daripada 6.3 peratus kepada 3.9 peratus manakala peratus klien yang mempunyai lebih daripada satu pasangan juga menurun daripada 44.5 peratus kepada 36.1 peratus,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (PN-Kuala Langat) yang ingin tahu status program perintis PrEP dan bilakah program itu akan dilanjutkan ke pusat kesihatan yang lain.

Dr Zaliha berkata analisis awal program PrEP juga mendapati terdapat 14 klien yang telah berhenti menggunakan PrEP kerana tidak lagi melakukan aktiviti seksual yang berisiko.

Selain itu, tiga kes positif HIV (0.11 peratus) dicatatkan kerana pengguna tidak patuh kepada pengambilan PrEP, namun beliau berkata kadar itu jauh lebih rendah berbanding negara lain yang melaksanakan PrEP lebih awal.

Pada masa yang sama, katanya program PrEP telah diperluaskan daripada 18 klinik kesihatan kepada 21 klinik pada tahun ini dan akan ditambah sehingga 30 klinik kesihatan pada 2024.

Katanya, pengumpulan data kajian pula dijangka selesai pada 31 Dis tahun ini dengan hasilnya akan dianalisis pada awal tahun 2024 bagi melihat impak kesihatan secara langsung dan tidak langsung susulan pemberian PrEP, iaitu pencegahan HIV dan perubahan tingkah laku berisiko.

Berita berkaitan
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024· Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Proses tender terbuka MRT3 berjalan lancar: MRT Corp
August 5, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok