Presiden PAS seru umat Islam ambil vaksin, gesa henti main politik

May 26, 2021 · Isu semasa

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru umat Islam mengambil vaksin kerana itu yang diminta dalam agama tatkala negara sedang berhadapan dengan pandemik Covid-19.

Katanya, sepatutnya ketika tempoh darurat kesihatan, seluruh rakyat bersatu padu tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan politik, kerana wabak ini tidak mengenal siapa mangsanya.

“Saya membaca berita yang dilaporkan di media perdana dan sebahagiannya di media sosial, bahkan saya juga membaca apa yang tersurat dan tersirat di sebalik laporan berita tersebut.

“Kini, bukan masanya untuk kita berdebat mencari kesalahan dan kelemahan kerana bentuk serangan wabak yang sedang dihadapi hari ini sudah berubah.

“Sepatutnya semua pihak berperanan menyedarkan masyarakat seperti perlunya suntikan vaksin kerana Islam meletakkan turutan menjaga nyawa adalah wajib diutamakan, sehingga dihalalkan perkara yang haram dalam ayat-ayat al-Quran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru beliau mengingatkan segelintir pihak yang cuba bermain politik dalam isu ini segera menghentikannya.

“Maka, jangan mudah berkata-kata tanpa mempunyai ilmu khususnya dalam perkara agama. Lebih-lebih lagi ketika keadaan darurat, kerana ia boleh merosakkan imej agama sendiri dan membawa kemudaratan ke dalam masyarakat umum khususnya bagi menunaikan kewajipan dalam memelihara nyawa.

“Sebagaimana yang telah dinaskan dalam al-Quran dan Hadis yang sahih lagi mutawatir,” tegasnya.

Tambahnya, ulama khususnya para mufti perlu berijtihad secara berjamaah, jangan memberikan pendapat secara berseorangan kerana masanya tidak sesuai untuk menonjolkan diri masing-masing.

“Sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk kempen politik bagi memperkecilkan Perdana Menteri mahupun para menteri yang menjalankan tugas ketika tempoh darurat.

“Bahkan pada masa inilah, undang-undang darurat yang tegas demi menjaga nyawa manusia mesti dikenakan terhadap mereka yang tidak menghormati kepentingan masyarakat umum, khususnya pengamal media yang menyalahgunakan kebebasan media dalam suasana seperti hari ini.

“Termasuklah agamawan yang menyanggah pelaksanaan perintah kuarantin, SOP (prosedur operasi standard) dan pengambilan vaksin sehingga menimbulkan keraguan dalam kalangan masyarakat awam,” tegasnya lagi.

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Cadangan PM bukan Melayu dibuat Kit Siang serlah imej sebenar DAP: PAS
December 16, 2023· Politik
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
[KEMAS KINI] Kes baharu semakin tinggi melepasi 13,000
July 15, 2021
Adibah Noor meninggal dunia, Muhyiddin ucap takziah kepada keluarga
June 19, 2022
SPRM sahkan mungkin panggil Tengku Zafrul: Laporan
February 18, 2023
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
23 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok