Bekal air ketum dalam lokap, empat anggota polis berdepan siasatan

November 5, 2023 · Isu semasa

Polis Kelantan sedang menjalankan siasatan dalaman ke atas empat anggotanya yang ditahan selepas disyaki membekalkan air ketum dan tembakau kepada tahanan di lokap Mahkamah Kota Bharu, 30 Okt lepas.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata sebelum ini keempat-empat anggota berpangkat koperal dan lans koperal berusia antara 25 hingga 33 tahun itu, direman tiga hari, lapor Bernama.

“Siasatan dalaman masih dijalankan dan kita akan ambil tindakan sementara untuk proses tahan kerja.

“Sekiranya benar bahan itu dibawa sama ada untuk kegunaan mereka atau untuk diedarkan, tindakan akan diambil di bawah kes jenayah iaitu mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Kelantan hari ini.

Susulan kes itu, Muhamad Zaki berkata pihaknya akan memberi penekanan kepada aspek penyeliaan termasuk mencari kaedah penyeliaan terbaik bagi ketua polis daerah dan jabatan masing-masing.

“Jika berlaku apa-apa kesalahan, orang yang menyelia juga akan terlibat dan disebabkan itu kita amat menekankan agar pemantauan dilakukan oleh pegawai penyelia.

“KPN (Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain) pada Ogos lalu menyeru semua pegawai dan anggota yang memegang jawatan sebagai penyelia dalam Polis Diraja Malaysia agar melaksanakan arahan ‘total enforcement’ (penguatkuasaan penuh) ke atas Peraturan 3C Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993,” katanya.

Beliau menambah kes seumpama itu pertama kali dikesan di negeri ini.

Berita berkaitan
Tiga individu ditahan termasuk anggota penguat kuasa SPRM minta rasuah
October 12, 2023· Isu semasa
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023· Isu semasa
Tiada insiden tidak diingini di 173 pusat penamaan calon, berjalan lancar: Polis
July 29, 2023· Politik
9,000 lebih anggota polis tambahan dikerah bantu PRN enam negeri
July 16, 2023· Isu semasa
Popular
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024
‘Saya tak nikah Rina Harun’
October 18, 2022
Umat Islam Malaysia mula puasa esok
April 12, 2021
Empat negeri miskin tegar, 4 negeri ‘orang kaya’
December 1, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024 · Isu semasa
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024 · Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok