Najib dijangkiti Covid-19, terima rawatan di hospital

November 2, 2023 · Isu semasa

Datuk Seri Najib Razak kini sedang dirawat di hospital selepas disahkan positif Covid-19 pada Selasa lalu.

Bekas perdana menteri bergelar banduan itu difahamkan berada dalam keadaan stabil dan sedang menjalani kuarantin dan rawatan di hospital, maklum jurucakapnya.

Menurut laporan Reuters, sebagai berkata Najib dikejarkan ke hospital dari penjara selepas mengadu demam.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam sidang media di Parlimen, turut mengesahkan masalah kesihatan yang sedang dihadapi Najib.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat mendedahkan dengan lebih lanjut kerana maklumat sulit.

“Saya hanya boleh sahkan kemasukan beliau di hospital tetapi apa yang berlaku, rawatan, penyakit dan sebagainya, saya tak boleh beritahu kerana confidential (sulit). Tak boleh didedahkan di sini,” katanya.

Najib sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas disabitkan dengan kesalahan rasuah yang dikaitkan dengan dana negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Berita berkaitan
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
11 jam lalu· Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024
Kawal selia cecair vape
June 25, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
12 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok