Kawal selia cecair vape

June 25, 2022 · Isu semasa

Pada awalnya, e-rokok dibina untuk menyerupai rokok biasa. Namun setelah istilah vapor diperkenalkan, e-rokok dikelanli sebagai vape.

Rokok elektronik terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu bateri, atomizer dan penyedut. Secara ringkas, bateri membekalkan tenaga elektrik kepada atomizer yang akan memanaskan cecair e-liquid menjadi wap. Pengguna akan menyedut wap ini melalui penyedut.

Terdapat pelbagai model yang boleh didapati pada pasaran hari ini dan biasanya terbahagi kepada dua jenis iaitu elektronik dan mekanikal. Model elektronik mengandungi cip elektronik yang dapat mengawal kuasa elektrik yang dibekalkan kepada atomizer.

Manakala model mekanikal pula tidak mengandungi sebarang kawalan namun ianya lebih digemari dan mudah dikendalikan kerana sifatnya yang sukar rosak.

Baru-baru ini, persatuan pengguna vape menggesa kerajaan menyegerakan peraturan untuk mengawal selia secara keseluruhan industri vape di negara ini agar ia tidak dirosakkan oleh kemasukan bahan terlarang seperti dadah.

Presiden Pertubuhan Entiti Vape Malaysia (Move), Samsul Kamal Ariffin berkata, jika perkara itu tidak dibendung dari sekarang, industri vape di negara ini bakal mengalami kerugian besar pada masa hadapan.

Menurut beliau, industri vape ini telah menjana pendapatan lebih AS$2 bilion (RM8.7 bilion) zaman sebelum pandemik Covid-19 melanda negara.

“Sebagai langkah awal, kerajaan perlu menjalani uji kaji ke atas semua bahan dan cecair vape dan hanya bahan yang diluluskan sahaja boleh dijual kepada pengguna.

“Bila perkara ini dapat dilaksanakan sudah tentu semua produk yang ada dipasaran itu semuanya selamat dan tidak dicampur dengan dadah,” katanya.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai isu cecair vape mengandungi dadah dan menyebut tindakan tersebut bukan dibuat oleh pengusaha atau pemain industri vape di negara ini.

Tetapi katanya, tindakan itu dipercayai didalangi golongan pengedar dan penagih dadah yang berselindung di sebalik industri vape tempatan.

“Pihak yang mencampurkan dadah dalam cecair vape ini mereka bukan vaper (pengguna vape), tetapi mereka penagih dadah. Kita jangan samakan vaper dengan penagih dadah, ia sangat berbeza.

“Isu ini bukan perkara baharu, sebelum ini pun ada juga kes dimana ada pihak telah mencampurkan cecair vape dengan dadah THC (ganja) di luar negara, namun ia tidak sempat masuk ke Malaysia,” ujarnya.

Terdahulu media melaporkan, dadah jenis MDMA dalam bentuk cecair perasa rokok elektronik atau vape jadi ancaman baharu kepada golongan remaja dan belia di negara ini.

Kegiatan tersebut terbongkar selepas sebuah sindiket menjual dan mengedar dadah berkenaan dalam bentuk perasa rokok eletronik atau ‘vape’ tumpas dengan penahanan lima individu di sekitar Lembah Klang baru-baru ini.

Undang-undang negara di dunia terhadap e-rokok

  • Di Australia , setiap bentuk nikotin, kecuali untuk terapi gantian dan rokok, sebagai satu bentuk racun.
  • Di Brazil , penjualan, pengimportan dan pengiklanan apa-apa jenis rokok elektronik adalah dilarang.
  • Di Kanada , pengimportan, penjualan dan pengiklanan rokok elektronik yang mengandungi nikotin tidak disokong, produk boleh dijual dan digunakan.
  • Di China , penjualan dan penggunaan rokok elektronik adalah tidak dilarang
  • Di Dubai , penjualan dan penggunaan produk tembakau dan rokok elektronik adalah haram.
  • Di Mesir , Kementerian Kesihatan telah menolak permohonan untuk mendapatkan kebenaran pemasaran rokok elektronik atas alasan bahawa ia mengandungi bahan kimia yang berbahaya.
  • Di Hong Kong penjualan dan pemilikan berasaskan nikotin rokok elektronik, diklasifikasikan sebagai Jenis I Racun, ditadbir di bawah Farmasi dan Ordinan Racun. Penjualan atau pemilikan tidak dibenarkan dan kedua-duanya dianggap boleh dihukum dengan denda sehingga HK $ 100,000 dan / atau penjara 2 tahun. Walau bagaimanapun, undang-undang tidak melindungi apa-apa inhaler bukan nikotin.
  • Di India , penggunaan rokok elektronik kini tidak dilarang. Di bawah undang-undang Kesihatan India tahun 2006, merokok tembakau telah diharamkan di khalayak ramai. Sejak e-rokok mengelakkan penggunaan tembakau, mereka tidak jatuh di bawah undang-undang ini.
  • Di Singapura , rokok elektronik (e-rokok) kini dilarang di bawah Secion 16 (1) (Kawalan Iklan dan Penjualan) Akta Tobacco, yang dikuatkuasakan oleh Pihak Berkuasa Sains Kesihatan (HSA). Undang-undang ini melarang artikel pengimportan, pengedaran, jualan atau tawaran untuk jualan mana-mana produk makanan kuih-muih atau lain-lain atau mana-mana mainan atau lain-lain yang direka untuk menyerupai produk tembakau atau pembungkusan yang direka untuk menyerupai bungkusan sering dikaitkan dengan produk-produk tembakau .
  • Di Korea Selatan , penjualan dan penggunaan rokok elektronik adalah tidak dilarang, tetapi banyak cukai.
  • Di Switzerland , penjualan rokok elektronik nikotin bebas adalah dibenarkan. Penggunaan dan pengimportan rokok elektronik yang mengandungi nikotin adalah dibenarkan, tetapi mereka tidak boleh dijual dalam negara.

Berita berkaitan
MP Tanah Merah dakwa jurugambar PMX sengaja tular gambar fitnah, lapor polis
September 22, 2023· Politik
Remaja, kanak-kanak jadi mangsa vape?
June 28, 2023· Isu semasa
Kilang pengeluar vape digesa daftar dengan Kastam: MoF
April 2, 2023· Isu semasa
Harga cecair vape naik sehingga RM15 selepas kena cukai: Laporan
April 2, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Rumah, kereta mewah bernilai RM1.6 juta disita SPRM
September 26, 2021
Hina Islam: Penghantar makanan masuk penjara, gagal bayar denda RM50,000
July 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok