Kes saman fitnah Kit Siang, permohonan rayuan bekas peguam negara ditolak

November 2, 2023 · Isu semasa

Bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini gagal dalam rayuannya untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnah RM10 juta yang difailkannya terhadap Tan Sri Lim Kit Siang.

Panel tiga hakim terdiri daripada hakim Mahkamah Rayuan Datuk Hadhariah Syed Ismail, Datuk M.Gunalan dan Datuk Azmi Ariffin, dalam keputusan sebulat suara menolak rayuan Mohamed Apandi selepas memutuskan tiada merit untuk rayuan itu, lapor Bernama.

“Keputusan Mahkamah Tinggi disahkan dan perayu (Mohamed Apandi) perlu membayar kos RM100,000 kepada responden (Lim),” kata Hakim Hadhariah.

Pada 23 Mei tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman Mohamed Apandi terhadap veteran DAP itu dan kemudian memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan keesokan harinya.

Mohamed Apandi menyaman Lim kerana didakwa memfitnah beliau dalam artikel mengenai skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Dalam penyataan tuntutan, Mohamed Apandi sebagai plaintif pada 6 Mei 2019, mendakwa Kit Siang menulis dan menyebabkan penyiaran atau penerbitan artikel bertajuk ‘Dangerous fallacy to think Malaysia’s on the road to integrity’ dalam portal Malaysiakini.

Mohamed Apandi yang dilantik sebagai Peguam Negara pada 27 Julai 2015 hingga 4 Jun 2018 mendakwa perkataan fitnah dalam artikel itu, antara lain membawa maksud beliau bersubahat dan terbabit kegiatan jenayah terutama skandal 1MDB, tiada integriti, tidak bermoral, tidak beretika serta menyalahgunakan kuasa.

Plaintif juga mendakwa perkataan fitnah itu adalah tidak benar dan sengaja ditulis untuk menjatuhkan imej serta kredibilitinya sebagai Peguam Negara demi publisiti murahan.

Selain itu, penerbitan artikel itu didakwa menyebabkan plaintif berasa malu terhadap keluarga, kenalan dan warga profesional dalam kalangan ahli jurusan undang-undang.

Hadhariah berkata, kenyataan Kit Siang yang dipertikaikan Mohamed Apandi dibuktikan benar dan wajar.

“Ia diikuti jika reputasi plaintif terjejas, ini disebabkan oleh kelakuannya sendiri.

“‘He is the author of his own misfortune’ (Dia yang menentukan nasib dirinya sendiri),” katanya.

Berita berkaitan
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
4 jam lalu· Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024
Ziarah gereja: Rakyat miskin akan diupah cetus kekacauan, kata Anwar
March 17, 2023
Kementerian Kesihatan haramkan dua produk kosmetik berbahaya
April 6, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
4 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok