Bursa dibuka rendah menjelang keputusan mesyuarat rizab AS

November 1, 2023 · Isu semasa

Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini walaupun pasaran Wall Street ditutup lebih kukuh semalaman menjelang keputusan mesyuarat Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.75 mata kepada 1,440.39 daripada penutupan Selasa pada 1,442.14.
Indeks penanda aras utama dibuka pada paras 1,441.17, turun 0.97 mata, lapor Bernama.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung 154 berbalas 98 manakala 216 kaunter tidak berubah, 1,882 tidak diniagakan dan 14 digantung.

Jumlah dagangan 141.22 juta unit bernilai RM52.05 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata, dalam keadaan perdebatan berterusan sama ada Rizab Persekutuan akan menaikkan kadar faedah, ramai pelabur menjangkakan bank pusat AS akan menghentikan kenaikan kadarnya di tengah-tengah pertumbuhan ekonomi AS yang kukuh walaupun inflasi kekal pada paras tinggi.

Purata Perindustrian Dow Jones melonjak 124 mata atau 0.38 peratus, manakala Nasdaq menambah 62 mata atau 0.48 peratus, walaupun hasil Perbendaharaan 10 tahun AS meningkat kepada 4.92 peratus.

Sementara di Hong Kong, Indeks Hang Seng merosot 294 mata (1.69 peratus) kerana sentimen terjejas oleh penurunan yang tidak dijangka dalam aktiviti pembuatan China bulan lepas.

Di dalam negara, paras FBM KLCI memberi isyarat bahawa penyertaan pasaran kekal suram dan untuk hari ini, indeks penanda aras diunjur berlegar dalam julat 1,440-1,450.

Harga minyak mentah pula susut berikutan peningkatan dalam inventori apabila minyak mentah Brent merosot di bawah US$88 setong.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Hong Leong Financial Group dan Maybank masing-masing turun dua sen kepada RM17.22 dan RM9.00, IHH Healthcare rendah empat sen kepada RM5.96, CIMB susut tiga sen menjadi RM5.68 dan CelcomDigi lemah satu sen kepada RM4.22.

Bagi saham aktif, Classita menambah setengah sen kepada tujuh sen, Kinergy Advancement (KAB) dan Compugates masing-masing menokok satu sen kepada 33 sen dan dua sen dan Tanco lemah setengah sen kepada 95.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 15.22 mata kepada 10,623.36, Indeks FBMT 100 turun 15.40 mata kepada 10,299.96 dan Indeks FBM Emas Syariah menguncup 10.85 mata untuk mencatatkan paras 10,830.73.

Indeks FBM 70 berkurangan 33.55 mata kepada 14,004.32 dan Indeks ACE FBM kehilangan 29.25 mata kepada 4,688.16.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian peroleh 0.03 mata kepada 172.43 dan Indeks Perladangan meningkat 1.53 mata kepada 6,905.70.

Indeks Tenaga lemah 1.65 mata kepada 866.64 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 41.56 mata kepada 16,209.98.

Berita berkaitan
Sesi dagangan Bursa berakhir rendah pada tengah hari
December 13, 2023· Isu semasa
Ringgit dibuka rendah RM4.67 berbanding dolar
December 11, 2023· Isu semasa
Ringgit dibuka rendah, jatuh dua hari berturut-turut
December 7, 2023· Isu semasa
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
December 7, 2023· Isu semasa
Popular
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024
Pelanggan BSN sudah boleh mohon Bantuan Bayaran Balik Bersasar
June 17, 2021
Senja pilu di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam
July 17, 2021
PM umum 11 jenis perniagaan dibenar beroperasi pada Jumaat
September 15, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024 · Isu semasa
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024 · Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok