Ketua Menteri Pulau Pinang akan saman ahli perniagaan selepas dikritik ‘tak cekap’

October 19, 2023 · Isu semasa

Ahli perniagaan Tan Sri Tan Kok Ping akan disaman Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow ekoran kritikan yang dianggap menfitnahnya dalam satu sidang media semalam.

Kon Yeow berkata langkah untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap ahli perniagaan terkenal itu dipersetujui sebulat suara dalam mesyuarat kerajaan negeri Pulau Pinang, menurut laporan FMT.

Terdahulu, Kok Ping dalam satu sidang media dalam bahasa Mandarin semalam, menggelar Kon Yeow sebagai “tidak cekap, jahil dan tidak tahu malu” kerana mengelak soalan mengenai perjanjian jualan sebidang tanah industri di Batu Kawan.

Bagaimanapun, ia dinafikan Kon Yeow dan berkata agensi kerajaan negeri yang terlibat dalam perjanjian itu sudah menjawab soalan bagi pihaknya.

Dalam satu kenyataan ringkas, Kon Yeow berkata Mesyuarat Exco menganggap kenyataan yang dibuat itu sebagai mengaibkan dan menjatuhkan maruah Ketua Menteri.

“Mesyuarat kerajaan negeri memutuskan supaya tindakan undang-undang perlu diambil terhadap Presiden Kehormat seumur hidup Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang itu.

“Tindakan undang-undang ini akan diuruskan peguam untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan itu.

Pada Selasa lalu, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) mengumumkan perjanjian tanah seluas 226 hektar itu dibatalkan susulan perubahan pegangan saham dalam Umech Land kepada pemaju.

Berita berkaitan
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024· Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Popular
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
‘Saya tak nikah Rina Harun’
October 18, 2022
Kes rasuah Guan Eng, isteri, rakan niaga pindah ke Mahkamah Tinggi
April 13, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok