Sultan Selangor titah mahu sidang DUN Selangor berlangsung tertib

October 19, 2023 · Isu semasa

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu suasana perdebatan ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) itu berlangsung dengan tertib dan mengikut peraturan, tanpa dicemari penggunaan bahasa kasar dan tidak sopan serta perangai yang boleh dianggap sebagai tidak bertamadun.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan menerima menghadap Speaker DUN Selangor yang baharu, Lau Weng San di Istana Bukit Kayangan, di sini, semalam, lapor Bernama.

Menurut Facebook Selangor Royal Office, pada pertemuan itu, Sultan Selangor bertitah agar Lau meneruskan kesinambungan speaker terdahulu dalam mengendalikan perjalanan sidang dewan dengan adil, lancar dan tidak berat sebelah.

Sultan Sharafuddin turut menzahirkan pujian dan penghargaan kepada speaker-speaker terdahulu daripada parti DAP yang dilantik sejak 2008, yang berjaya mengawal keadaan setiap kali sidang DUN berlangsung.

Lau, yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Banting, dilantik sebagai Speaker DUN Selangor berkuat kuasa 19 Sept lepas menggantikan Ng Suee Lim.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Azam Baki dilantik semula, pendesak terus ‘hilang’
May 12, 2023
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024 · Isu semasa
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024 · Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok