Wang AS$681 juta dalam akaun Najib hasil aktiviti haram, dedah saksi

October 18, 2023 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa US$681 juta yang dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2013 adalah hasil daripada aktiviti haram.

Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) ACP Foo Wei Min, berkata berdasarkan siasatannya, US$681 juta itu berasal daripada bon US$3 bilion 1MDB, dimasukkan ke dalam akaun Najib di Ambank yang nombor berakhir dengan 694, antara 22 Mac dan 10 April, 2013, lapor Bernama.

Saksi pendakwaan ke-48 itu juga berkata sebelum US$681 juta dimasukkan ke akaun itu, akaun Najib mempunyai baki sebanyak RM879.8 juta, yang beliau katakan sebagai daripada “sumber yang sah”.

Saksi berusia 47 tahun itu berkata beliau menggunakan kaedah siasatan ‘First In, First Out’ (FIFO) atau ‘Masuk Dahulu, Keluar Dahulu’ yang digunakannya untuk menentukan sama ada dana dalam akaun Najib adalah haram atau bersih.

Pada akhir prosiding hari ini di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib memberitahu mahkamah bahawa Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Superintendan Kanan Nur Aida Arifin akan menjadi saksi seterusnya, bagaimanapun, mereka boleh tidak memanggilnya kerana mereka masih belum menyerahkan keterangan saksi kepada pembelaan.

“Selain itu, pihak pendakwaan masih menunggu dokumen hari ini untuk dikemukakan sepenuhnya di mahkamah dan dimasukkan dalam kenyataan pegawai penyiasat sebelum menyerahkannya kepada pihak pembelaan.

“Pendakwaan hampir di penghujung kes. Pihak pembelaan masih belum menyelesaikan pemeriksaan balas terhadap beberapa saksi iaitu bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dan penganalisis BNM Adam Ariff Mohd Roslan,” kata pendakwa raya.

Hakim: Tiada lagi saksi lain?

Ahmad Akram: Itu akan menjadi saksi terakhir kita (pegawai penyiasat), Yang Arif.
Hakim Sequerah: Lepas tu tutup kes?

Seorang lagi Timbalan Pendakwa Raya Kamal Baharin Omar menjawab: “Pada peringkat ini Yang Arif, melainkan dan sehingga perkara lain timbul,”

Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan bersambung 24 Okt.

Berita berkaitan
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
3 jam lalu· Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Popular
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024
Polis nafi lindungi Nicky Liow selepas bersembunyi hampir setahun
April 13, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kedah tawar pinjaman pendidikan buat pelajar yang layak ke IPTA, IPTS
June 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
3 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok