Penipuan tuntutan dana MITRA, perunding perniagaan didakwa

September 27, 2023 · Isu semasa

Seorang perunding perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 15 pertuduhan menipu berhubung beberapa dokumen bagi menuntut dana di bawah Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) lebih RM300,000, tiga tahun lepas.

P. Anbalahgan, 61, didakwa menipu Penolong Pengarah Seksyen Pendidikan Latihan MITRA, R. Kavithah dengan memperdayakannya bahawa tiga penyata bank Hong Leong atas nama Bengkel Motor Steben, lapan resit rasmi atas nama bengkel itu, empat invois dikemukakan dalam laporan berkala dan laporan akhir Prestasi Pelaksanaan Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India Malaysia Kementerian Perpaduan Negara bertarikh 14 April 2020 adalah benar dan tulen, lapor Bernama.

Perbuatannya yang mendorong Kavithah memindahkan RM331,047 ke dalam akaun Bengkel Motor Steben didakwa dilakukan di MITRA, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya pada 14 April 2020 dan 3 Dis 2020.

Pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun dengan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Anbalahgan juga mengaku tidak bersalah atas 15 pertuduhan pilihan iaitu menggunakan tiga penyata bank Hong Leong palsu atas nama bengkel Motor Steben, lapan resit rasmi palsu atas nama bengkel itu, empat invois palsu yang dikemukakan dalam laporan berkala dan laporan akhir Prestasi Pelaksanaan Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India Malaysia Kementerian Perpaduan Negara, di tempat dan tarikh sama.

Pertuduhan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Natrah Fareha Rahmat mencadangkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah, melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhampiran dan tidak mengganggu saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Peguam M. Yoges memohon jaminan yang rendah kerana anak guamnya tidak mempunyai pendapatan tetap memandangkan telah muflis sejak 2007 selain mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi dan gout.

“Anak guam telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang siasatan dijalankan dan dia juga memohon untuk membayar wang jaminan secara ansuran,” katanya.

Hakim Suzana Hussin membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan membenarkan syarat tambahan yang dimohon pihak pendakwaan.

“Mahkamah membenarkan tertuduh membayar wang jaminan secara ansuran iaitu RM5,000 dibayar hari ini, RM5,000 pada 4 Okt dan RM10,000 pada 11 Okt. Sebutan kes ditetapkan pada 3 Nov ini,” katanya.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Apakah ini ‘la maja desnuda’ Malaysia?
April 20, 2021
Apandi rayu kes mahkamah tolak saman fitnah terhadap Kit Siang
May 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024 · Isu semasa
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024 · Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok