SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan

September 25, 2023 · Politik

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah merekodkan kenyataan berhubung siasatan mencuri unsur nadir bumi (REE) di Sik pada minggu lepas, kata Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.

Menteri Besar Kedah itu berkata kerjasama diberikan kepada SPRM yang sedang menyiasat isu kecurian REE dan menjelaskan terdapat empat soalan yang diajukan kepadanya semasa direkod kenyataan tersebut.

“Mereka hanya tanya empat soalan, itu sahaja. Saya bukan orang jahat nak tanya banyak-banyak, saya ini dikenali sebagai orang baik, tanya sikit pun padan dah.

“Selesai sudah,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Sanusi terdahulu hadir keMesyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Ke-15 dan Majlis Angkat Sumpah Speaker dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah di Wisma Darul Aman hari ini.

Akhbar ini baru-baru ini melaporkan SPRM mengambil keterangan Menteri Besar itu di pejabatnya pada 17 September lepas bagi membantu siasatan kes kecurian REE di Sik.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memberitahu siasatan kes itu berada di peringkat akhir namun perlu melihat kepada beberapa perkara dalam konteks undang-undang.

Mengenai keterangannya, Sanusi bagaimanapun enggan mengulas secara terperinci bagi mengelak sebarang spekulasi.

“Tidak payahlah habaq nanti macam-macam pula spekulasi kan? Ya! Saya telah bertemu dengan pegawai SPRM dan beri kenyataan saya, mereka tanya empat soalan. Itu saja. Tak ada serahan dokumen apa, tak ada apa, bagi keterangan biasa,” katanya.

Sanusi pada masa sama menasihatkan orang ramai agar tidak mencuri REE kerana mineral itu bukan daripada jenis yang mudah diproses seperti emas dan bijih timah.

“Nak ambil REE ini bukan mudah kerana ia perlu ada teknologi dan melalui banyak proses. Dia bukan macam bijih timah, emas, dulang-dulang nampak emas kan. Dia macam-macam proses tujuh lapan peringkat, tidak mudahlah untuk pihak-pihak yang tak ada teknologi untuk menghasilkan REE bukan senang.

“Ada dua negara saja ada kemahiran iaitu, China dan Amerika Syarikat dan kedua-dua teknologi itu tidak dipindahkan. Itulah kita sedang ‘bargain’ supaya teknologi itu bawa ke sini dibuka kilang di sini. Kalau pakai korek, tanah apa semua nak dulang nak ayak, nak cucuh sendiri. Boleh jadi REE takkan jadi. Sebab dia ada proses ‘chemical’ yang panjang. Tiap-tiap elemen tu kena melalui satu proses , jadi tidak mudah,” katanya.

Semalam Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh mengesahkan sembilan individu yang didakwa di Mahkamah Sesyen Baling atas tuduhan menceroboh Hutan Simpan Rimba Teloi di Sik pada 14 September lalu, disyaki menjalankan penerokaan REE.

Berita berkaitan
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024· Isu semasa
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024· Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Popular
UMNO tak tuntut RM114 juta, Zahidi desak penjelasan MT UMNO
June 2, 2021
Bawa kad pengenalan, SPR ingatkan pengundi di PRK KKB
May 10, 2024
‘Rafizi buta sejarah, PH menang PRU-14 kerana Bersatu juga’
August 30, 2022
Lagi Politik terkini
Bawa kad pengenalan, SPR ingatkan pengundi di PRK KKB
May 10, 2024 · Politik
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok