Tolak usul bahas kes Zahid satu keputusan luar tabii: Takiyuddin

September 12, 2023 · Politik

Penolakan usul bahas mengenai kes rasuah melibatkan Datuk Seri Zahid Hamidi untuk dibawa ke parlimen yang mendahului Yang di-Pertua Dewan Rakyat adalah suatu perkara luar tabii.

Ahli Parlimen (MP) Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, sidang Dewan Rakyat semalam (11 Sept) yang tidak mempunyai sesi soal jawab merupakan masa yang sesuai untuk membuat usul mengenai perkara tersebut yang sememangnya dibangkitkan oleh MP Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad sebelum perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

“Malangnya, bukan sekadar usul kami tidak mendapat persetujuan oleh Yang Berhormat Tan Sri Speaker (Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul) tetapi lagi mengejutkan kami ialah Perdana Menteri sendiri membuat kenyataan di luar dewan bahawa usul tersebut tidak boleh dibawa ke parlimen,” katanya dipetik laporan portal HarakahDaily.

Menurut beliau, tindakan tersebut jelas mendahului kuasa Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang sememangnya di luar jangkaan.

Tambah beliau, Johari bukan sahaja menolak usul tersebut yang dibawa oleh Wan Ahmad Fayhsal tetapi berjanji untuk membenarkannya untuk mengemukakan usul tersebut selepas perbahasan RMK12 kajian separuh penggal.

“Ini merupakan satu perkara yang luar tabii kerana tidak pernah perkara sebegini berlaku kerana usul ditolak tetapi yang buat usul akan dibenarkan membentangkan usul,” katanya lagi.

Sehubungan itu, Takiyuddin berharap tindakan sebegini yang dilakukan oleh kerajaan campuran hari ini membuka mata rakyat negara ini untuk melihat pelbagai perkara yang pelik terjadi ketika pemerintahan kerajaan persekutuan pada masa ini.

“Kita harap rakyat Malaysia mengetahui inilah prosedur yang ada di dalam Parlimen hari ini,” katanya.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
UMNO tak tuntut RM114 juta, Zahidi desak penjelasan MT UMNO
June 2, 2021
Tular “istana” Tajuddin yang sedang diubahsuai selepas pemecatan
May 27, 2021
Wan Saiful cabar DAP saman UMNO-BN dalam isu Komunis
November 17, 2023
Bawa kad pengenalan, SPR ingatkan pengundi di PRK KKB
May 10, 2024
Lagi Politik terkini
Bawa kad pengenalan, SPR ingatkan pengundi di PRK KKB
May 10, 2024 · Politik
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok