Isham dakwa kena desak letak jawatan dengan pemimpin UMNO yang pro-DAP

September 12, 2023 · Politik

Pemimpin UMNO yang pro-DAP didakwa tidak berpuas hati dengan pengikut setia Bossku, Isham Jalil kerana kelantangannya mengkritik pemimpin atasan parti.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO itu berkata terdapat spekulasi berkemungkinan beliau akan dipecat pada minggu ini kerana tidak sehaluan dengan pendirian parti yang menyokong DAP, namun enggan tunduk dengan desakan tersebut.

“Pemimpin pro-DAP ini suruh saya letak jawatan. Saya tidak akan letak jawatan. Saya dipilih oleh akar umbi.

“Saya dengar minggu ini ada beberapa lagi ahli Umno akan dipecat dalam mesyuarat nanti. Ada ura-ura kata nama saya pun mungkin tersenarai,” katanya dalam catatan Facebook malam tadi.

Tambah Isham, dia menyerahkan keputusan sedemikian kepada pucuk pimpinan parti, tetapi menegaskan perjuangannya untuk bangsa, agama dan negara adalah ikhlas.

Isham berkata demikian sebagai jawapan kepada komen seorang lagi Ahli MT Umno, Datuk Lokman Noor Adam, yang semalam meminta beliau meletak jawatan.

Lokman berkata ia kerana Isham tidak sehaluan dengan keputusan parti itu untuk bekerjasama dengan DAP yang juga parti komponen Pakatan Harapan (PH).

Lokman juga mendakwa kenyataan dibuat Isham sering merugikan UMNO.

Isham dalam kenyataannya menafikan dakwaan dia menggesa ahli UMNO supaya tidak mengundi DAP.

Beliau berkata dakwaan itu disalah lapor oleh media berbahasa Cina, yang kemudian telah meminta maaf dan mengeluarkan penjelasan.

Bagaimanapun, Isham berkata walaupun dia bersetuju UMNO membentuk kerajaan bersama DAP selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong tetapi tidak bersetuju UMNO menyertai pilihan raya bersama-sama dengan DAP.

Isham sebelum ini meminta UMNO mengkaji semula hubungannya dengan DAP selepas prestasi hambar parti itu semasa enam pilihan raya negeri (PRN) lalu.

Berita berkaitan
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024· Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Popular
PRU-15: Senarai calon UMNO menang Parlimen
November 21, 2022
Harapan cerah PN rampas Selangor dalam PRN selepas tinjauan Pemuda
January 25, 2023
Isu sokong Anwar tak dijawab, Najib bidas pula pemimpin UMNO obses PRU
May 10, 2021
UMNO Sabah mula minta senarai calon PRU-15
August 10, 2022
Lagi Politik terkini
Bawa kad pengenalan, SPR ingatkan pengundi di PRK KKB
May 10, 2024 · Politik
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok