Rayuan wanita cabar keputusan murtad Mahkamah Syariah ditolak

August 28, 2023 · Isu semasa

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menolak rayuan seorang wanita untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman untuk mencabar keputusan Mahkamah Syariah yang tidak membenarkannya keluar daripada agama Islam.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Azizah Nawawi, dalam keputusan sebulat suara memutuskan bahawa hanya Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa eksklusif untuk menentukan isu pembatalan agama sebagaimana Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan, menurut laporan Bernama.

“Mahkamah Tinggi Syariah kompeten untuk mendengar perkara itu. Kami bersetuju bahawa hakim Mahkamah Tinggi di mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk menyemak keputusan Mahkamah Syariah.

“Mahkamah sivil dan Syariah adalah dua sistem perundangan yang berasingan dan Mahkamah Syariah bukanlah tribunal rendah yang tertakluk kepada semakan kehakiman. Kesimpulannya, rayuan ditolak, keputusan hakim Mahkamah Tinggi Sivil disahkan,” katanya ketika menyampaikan keputusan itu melalui prosiding dalam talian.

Azizah, yang bersidang bersama Datuk See Mee Chun dan Datuk Azizul Azmi Adnan, menolak permohonan itu tanpa arahan mengenai kos.

Peguam Fahri Azzat mewakili wanita itu manakala Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly dan Peguam Persekutuan Mohammad Sallehuddin Md Ali mewakili empat responden.

Wanita berusia 33 tahun itu, yang dilahirkan dalam keluarga bapa seorang mualaf dan ibu menganut agama Islam, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 15 Jun lepas yang menolak permohonannya untuk mendapat kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman.

Dalam permohonan itu, yang difailkan pada 4 Mac tahun lepas, beliau menamakan Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.

Wanita itu memohon sekurang-kurangnya 12 perintah mahkamah termasuk deklarasi bahawa beliau bukan lagi seorang Islam serta berhak menganut dan mengamalkan agamanya iaitu Konfusianisme serta Buddhisme.

Beliau turut memohon deklarasi Mahkamah Tinggi sivil bahawa keputusan Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah yang menolak permohonannya untuk diisytihar sebagai murtad adalah tidak sah, menyalahi undang-undang serta batal.

Pada 27 Julai 2020, Mahkamah Tinggi Syariah telah menolak permohonan wanita itu untuk diisytihar sebagai bukan Islam dan memerintahkan beliau agar melalui ‘istitabah’ atau bertaubat dan mengikuti kelas agam Islam serta kaunseling akidah selanjutnya.

Beliau kemudian merayu kepada Mahkamah Rayuan Syariah yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah pada 8 Dis 2021.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023· Isu semasa
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
November 29, 2023· Isu semasa
Orang Melayu sudah hilang kuasa, UMNO hanya menumpang dalam kerajaan
November 24, 2023· Politik
Popular
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024
Senja pilu di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam
July 17, 2021
PM umum 11 jenis perniagaan dibenar beroperasi pada Jumaat
September 15, 2021
Bekas isteri ahli perniagaan jual makanan tanggung tiga anak
February 2, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024 · Isu semasa
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024 · Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok