Nahas pesawat Elmina: Proses bedah siasat selesai, tunggu padanan DNA

August 19, 2023 · Isu semasa

Urusan bedah siasat terhadap semua mayat mangsa nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina Shah Alam Khamis lepas, telah selesai malam tadi dan menunggu hasil padanan asid deoksiribonukleik (DNA).

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata sebanyak 300 sampel cebisan mayat telah dihantar ke Jabatan Kimia bagi tujuan padanan DNA dan 30 peratus berjaya diselesaikan, menurut laporan Bernama.

Beliau berkata seramai 30 pegawai patologi dan forensik terlibat dalam bedah siasat berkenaan.

“Semalam, kita telah mendapat satu padanan DNA yang positif milik penunggang p-hailing Muhamad Hafiz Muhamad Saleh dan jenazah diserahkan kepada warisnya pagi ini.

“Pihak Jabatan Kimia sedang berusaha keras untuk melengkapkan semua padanan DNA dan kita positif semua urusan akan selesai Isnin ini,” katanya dalam sidang media di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini hari ini.

Hussein menjangkakan satu lagi jenazah akan dapat dikenal pasti hari ini dan boleh diserahkan kepada waris esok.

Beliau berkata selain padanan DNA, urusan pengecaman jenazah juga dibuat menggunakan rekod pergigian dan cap jari.

“Setakat ini, polis telah berjaya mengenal pasti lapan cap jari mangsa,” katanya.

Sementara itu, Hussein berkata beliau berharap waris mangsa nahas berkenaan dapat menerima seadanya keadaan jenazah yang diserahkan kepada mereka kelak.

Beliau berkata terdapat cebisan-cebisan mayat yang telah terbakar dan tidak dapat diproses untuk mencari padanan DNA.

“Waris juga harus bersabar kerana proses padanan DNA adalah rumit dan sensitif, dan kita mahu semua cebisan mayat diserahkan kepada pemilik yang sebenarnya,” katanya.

Tragedi yang berlaku pada 2.48 petang itu menyaksikan sebuah pesawat peribadi terhempas dan mengorbankan kesemua dua kru dan enam penumpang selain meragut nyawa dua pengguna jalan raya masing-masing seorang pemandu e-hailing dan penunggang p-hailing.

Berita berkaitan
Waris bayi ditinggalkan tepi longkang sedang dicari
December 5, 2023· Isu semasa
Diberikan DNAA mungkin DNA mereka sama, sindir Hadi terhadap PMX dan anak murid
October 24, 2023· Politik
Dulu dihantui DNA Saiful, kini PMX dihantui DNAA Zahid: Hishammuddin Rais
September 22, 2023· Politik
Rampasan aset Petronas, Malaysia dibenarkan gantung tuntutan Sulu
July 13, 2022· Isu semasa
Popular
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
‘Saya tak nikah Rina Harun’
October 18, 2022
Azam Baki dilantik semula, pendesak terus ‘hilang’
May 12, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024 · Isu semasa
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024 · Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok