BNM jejak dana AS$700 juta 1MDB dipindah ke syarikat Jho Low selama 7 tahun

August 16, 2023 · Politik

Usaha pihak berkuasa menjejak dana AS$700 juta milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengambil masa selama tujuh tahun, dedah Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) usaha menjejak wang sebanyak itu dibuat selepas pihak berkuasa menerima maklumat berhubung dana tersebut yang sepatutnya dibayar bagi projek usaha sama, sebaliknya dipindahkan kepada entiti yang salah.

Pemindahan dana berkenaan yang keseluruhannya berjumlah US$1 bilion didakwa 1MDB bertujuan bagi pemerolehan 40 peratus saham dalam projek usaha sama (JV) dengan PetroSaudi International Ltd (PSI).

Pemindahan itu dibuat dalam dua peringkat di mana pembayaran sebanyak AS$700 juta sebaliknya dimasukkan ke dalam syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, pada 2009 iaitu Good Star Limited dan AS$300 juta dipindahkan kepada syarikat usaha sama (JV).

Zeti yang memberikan keterangan hari ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberitau ia mengambil masa yang lama untuk mengetahui perkara itu pada 2015 berikutan terdapat proses yang panjang bagi menjejak dana berkenaan.

Disoal peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada sesi soal balas, Zeti yang juga saksi ke-46 pendakwaan, berkata ia adalah perkara biasa kerana beliau dimaklumkan oleh pihak risikan kewangan bahawa ia akan mengambil masa beberapa tahun untuk menjalankan pengesanan (jejak wang).

“Saya diberitahu ia mengambil masa bertahun-tahun untuk mendedahkan dan mengesan salah laku terbabit.

“Ketika pasukan siasatan BNM menjalankan pemeriksaan sekitar Mac 2015 dan berdasarkan maklumat diperoleh daripada pihak berkuasa kewangan luar negara, mereka mendapati dana dipindahkan ke syarikat Good Star.

“Selanjutnya, inkuiri adalah untuk mengenal pasti pemilik Good Star yang kemudian diketahui dimiliki Jho Low,” katanya.

Good Star dibubarkan pada 2 Mei 2014 manakala PSI yang dimiliki ahli perniagaan Arab, Tarek Obaid dibubarkan pada 8 April 2015.,

Muhammad Shafee kemudian merujuk saksi kepada keterangan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi yang menyatakan BNM mengetahui pada ketika itu dana berkenaan dipindahkan ke akaun Good Star dan syarikat usaha sama.

Bagaimanapun Zeti berkata ia adalah tidak benar.

Sementara itu, Zeti disoal sama ada siasatan BNM menemui sebarang petunjuk atau arahan oleh Datuk Seri Najib Razak untuk melakukan pemindahan dana berkenaan, Zeti berkata “Tiada.”

Beliau berkata, tiada arahan secara bertulis dan beliau juga tidak mengetahui sama ada terdapat arahan secara lisan serta tidak tahu apa yang berlaku di belakang tabir.

Bekas Pengarah Bukan Eksekutif 1MDB, Tan Sri Ismee Ismail dalam keterangan tahun lalu, berkata tiada seorang pun di kalangan Ahli Lembaga Pengarah (BOD) 1MDB mengetahui wang berjumlah AS$700 juta dipindahkan kepada syarikat Good Star pada 2009.

Ismee yang merujuk kepada empat carta aliran wang 1MDB menunjukkan jejak kewangan dana yang berakhir dalam dua akaun peribadi Najib turut menunjukkan sejumlah AS$700 juta dana 1MDB dipindahkan kepada Good Star.

Zeti memberikan keterangan terhadap Najib, 70, yang menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Rayuan yang bertindak sebagai Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung petang ini

Berita berkaitan
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024· Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Popular
UMNO tak tuntut RM114 juta, Zahidi desak penjelasan MT UMNO
June 2, 2021
‘Rafizi buta sejarah, PH menang PRU-14 kerana Bersatu juga’
August 30, 2022
PMX ulang gesaan supaya Dr M, Daim bawa balik kekayaan
May 7, 2023
Lagi Politik terkini
Bawa kad pengenalan, SPR ingatkan pengundi di PRK KKB
May 10, 2024 · Politik
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok