Polis buka siasatan terhadap akaun TikTok kritik PMX

August 2, 2023 · Politik

Kertas siasatan dibuka terhadap sebuah akaun TikTok yang didakwa membuat penghinaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Polis Kedah menyiasat satu akaun TikTok dengan nama ‘Projek Papa’ ekoran laporan dibuat oleh Ahli Jawatankuasa UMNO Pendang, di Balai Polis Pendang pada jam 1.45 petang Selasa.

Jurucakap Polis Kedah, Senior Asisten Komisioner Alzafny Ahmad berkata, mereka sudah menerima laporan berhubung akaun tersebut yang memuat naik sebuah rakaman video berkait Anwar.

“Polis Kedah telah terima satu laporan berkaitan penghinaan terhadap Perdana Menteri Malaysia.

“Pengadu merupakan ahli jawatankuasa UMNO Pendang beritahu telah melayari akaun TikTok ‘Projek Papa’ dan dapati kandungan video tersebut mempunyai unsur yang menghina Perdana Menteri Malaysia dan mempunyai hasutan yang boleh menyebabkan kegusaran dan perpecahan rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Alzafny memaklumkan, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan 233 AKM 1988.

Justeru, beliau menasihati orang awam supaya tidak menyentuh sensitiviti kaum dan individu tertentu sepanjang tempoh kempen dalam pilihan raya negeri ini.

Berita berkaitan
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024· Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Popular
UMNO tak tuntut RM114 juta, Zahidi desak penjelasan MT UMNO
June 2, 2021
Bawa kad pengenalan, SPR ingatkan pengundi di PRK KKB
May 10, 2024
Lagi Politik terkini
Bawa kad pengenalan, SPR ingatkan pengundi di PRK KKB
May 10, 2024 · Politik
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok