Sanusi ditahan jam 3 pagi, bakal di bawa ke Mahkamah Selayang untuk didakwa

July 18, 2023 · Politik

Polis menahan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor jam 3 pagi tadi di sebuah hotel dan dijangka akan di bawa ke Mahkamah Sesyen Selayang untuk didakwa pada pagi ini.

Menteri Besar Kedah itu berada di Kuala Lumpur untuk menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) malam tadi dan ditahan di biliknya oleh sekumpulan pasukan polis yang ramai.

Media terdahulu melaporkan Sanusi dijangka didakwa esok di Mahkamah Sesyen Selayang, empat hari selepas polis menjalankan siasatan.

Ia susulan ucapannya yang didakwa memperlekehkan kewibawaan Institusi Kesultanan Selangor berhubung pelantikan menteri besarnya.

Beliau dijangka menghadapi sekurang-kurangnya dua pertuduhan di mana pendakwaan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu dibuat secara berasingan di hadapan Hakim, Nor Rajiah Mat Zin dan Osman Affendi Mohd Shalleh.

Beliau dijangka akan menghadapi pertuduhan mengikut Kanun Keseksaan, Akta Hasutan serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sekurang-kurangnya 57 laporan polis dibuat beberapa pihak terhadapnya susulan ucapan terbabit.

Sabtu lalu, Sanusi memaklumkan telah mengutus sepucuk warkah memohon ampun kepada Sultan Sharafuddin Sharafuddin Idris Shah.

Beliau mendakwa ucapannya pada majlis itu sengaja diputar belit oleh musuh politik bagi menimbulkan salah faham.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Tawaran Anwar, Zahid tambah jawatan TPM janji ‘mi segera’: Tuan Ibrahim
October 24, 2022
PN akan pastikan nilai ringgit kukuh jika jadi kerajaan, kata Muhyiddin
November 7, 2022
Lapan ADUN UMNO Perak khianati Melayu, Islam demi diri, kuasa?
November 21, 2022
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Bawa kad pengenalan, SPR ingatkan pengundi di PRK KKB
May 10, 2024 · Politik
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok