Azam Baki dilantik semula, pendesak terus ‘hilang’

May 12, 2023 · Isu semasa

Tiada lagi desakan mahupun gesaan letak jawatan terhadap Tan Sri Azam Baki selepas beliau dilantik semula menjawat sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tempoh setahun, Rabu lalu.

Malah suara-suara yang lantang sebelum ini mendesak peletakan jawatan Azam sehingga kini masih membisu.

Media melaporkan pelantikan semula Azam mendapat perkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Azam menjawat sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 9 Mei 2020 lalu bagi menggantikan Latheefa Koya yang mengambil keputusan memendekkan kontrak perkhidmatannya.

Memetik laporan Malaysia Now, reaksi daripada badan bukan kerajaan (NGO), aktivis dan ahli politik yang rata-rata peserta demonstari jalanan juga gagal diperoleh apabila mereka enggan menjawab pertanyaan serta panggilan telefon.

Januari tahun lalu, ratusan peserta demonstrasi jalanan dikenali sebagai #TangkapAzamBaki susulan kontroversi beliau memiliki antara RM1.9 juta hingga RM2.9 juta saham dalam Gets Global Bhd pada 2016.

Ia turut melibatkan beberapa ahli politik pembangkang ketika itu seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim serta beberapa pemimpin PKR, DAP, Muda dan Pejuang.

Malah sehingga kini, beberapa ahli politik yang lantang dan tidak senang hati dengan cara Azam mengendalikan SPRM menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tahun lalu juga belum mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai lantikan semula itu.

Malah Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli sendiri ketika berkempen PRU-15 dilapor membuat kenyataan berbaur ugutan terhadap Azam susulan serbuan SPRM ke atas syarikatnya, Invoke Solutions Sdn Bhd termasuk menahan kakitangannya selama tujuh jam.

“Esok kita jumpa di mahkamah, lusa satu hari lagi kempen, Sabtu kita mengundi.

“Lepas menang pilihan raya kami cari Azam, insya-Allah. Saya tahu Azam tengok ini! Saya harap bila PH menang bila kami cari kamu, kamu jangan salahkan adik kamu sekali lagi,” katanya dipetik dari salah satu siri ceramah kempen PRU-15.

Namun nampaknya selepas menjawat jawatan menteri pada Disember lalu, Rafizi menafikan dakwaan mengugut untuk mencari Azam jika PH mengambil alih pentadbiran negara.

Empat ahli Parlimen yang pernah dipanggil polis kerana terlibat dalam protes jalanan itu tahun lalu juga belum membuat sebarang kenyataan mengenai pelantikan tersebut antaranya Fahmi Fadzil (Lembah Pantai), Maria Chin Abdullah (Petaling Jaya), Maszlee Malik (Simpang Renggam) dan Teresa Kok (Seputeh).

Azam disiasat berhubung dakwaan pembelian saham dan waran pada 2015 serta 2016 di dua syarikat tersenarai awam.

Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa pembelian saham itu dibuat adiknya yang menggunakan akaun Perkhidmatan Depositori Pusat (CDS) miliknya. Ini sekali gus menafikan beliau melakukan sebarang kesalahan.

Isu itu didedahkan oleh bekas penyelidik Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi (C4), Lalitha Kunaratnam dan Azam memfailkan saman fitnah terhadapnya berhubung artikel yang disiarkan portal berita Independent News Service itu.

Sepanjang menerajui SPRM, agensi antirasuah itu membuka kertas siasatan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ahli Parlimen Tasek Gelugor Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan tahun ini.

Suruhanjaya itu turut membekukan beberapa akaun bank milik Bersatu berhubung dakwaan penyelewengan dana yang digunakan kerajaan ketika negara berdepan dengan pandemik Covid-19.

Berita berkaitan
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Johari Ghani dilantik Menteri Perladangan dan Komoditi
December 12, 2023· Isu semasa
Popular
Pemanis tiruan berbahaya?
October 25, 2021
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
PMX umum peruntukan tambahan RM3O juta kepada sekolah Tamil
June 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok